Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021

Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021 - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021
link : Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021

Read also


Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021

Covid-19 di Malaysia, Jumaat 30 Julai 2021

Kompilasi berita bersama Nazura Othman, wartawan kanan Permadu Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 16,840 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,095,486 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,092 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (tujuh).

Kes di Lembah Klang turun bawah 10,000, dengan 8,306 kes baru .

Terdapat 143 kematian, manakala 12,179 pesakit pulih.

Jumlah terkumpul adalah  902,921 kes sembuh dan 8,859 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan terdapat 183,706 kes aktif dengan rekod 1,055 pesakit di unit rawatan rapi dan 532 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah 1,055 pesakit itu adalah rekod baharu berbanding 1,043 pesakit di ICU semalam.

Daripada keseluruhan kes baharu itu, 17 ialah kes import dan baki 16,823 kes penularan tempatan membabitkan 14,014 warganegara serta 2,809 warga asing.

Hisham berkata, 25 kes baharu hari ini adalah Kategori 5, manakala 79 kes Kategori 4 dan 180 kes Kategori 3.

Daripada 143 kematian itu, 128 ialah warganegara dan enam warga asing, dengan semua kecuali 20 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala sembilan lagi hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 35 kes, disusuli Melaka (17), Johor (15), Negeri Sembilan (15), Kedah (12), Perak (12), Kuala Lumpur (10), Sabah (enam), Terengganu (lima), Pahang (empat), Kelantan (dua) dan Pulau Pinang (satu).

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.15 setakat semalam.

Terengganu terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.36, disusuli Kelantan (1.27), Sabah (1.22), Kedah (1.21), Johor (1.18), Pulau Pinang (1.18), Perak (1.18), Pahang (1.15), Putrajaya (1.15), Kuala Lumpur (1.14), Selangor (1.10), Sarawak (1.07), Melaka (1.04), Negeri Sembilan (0.91), dan Labuan (0.68).

Rumah Mayat penuh dan sesak

Sementara itu, mayat tidak dituntut serta proses pengeluaran yang perlahan memburukkan lagi masalah kepadatan di rumah mayat hospital di Lembah Klang, menurut sumber yang tahu dan memberitahu sebuah portal berita popular.

Dengan angka korban akibat wabak Covid-19 terus meningkat, portal berkenaan, Malaysiakini difahamkan beberapa pegawai kesihatan berharap akan ada perubahan dasar untuk membantu mereka mempercepat proses pengebumian atau pembakaran mayat.

Seorang pegawai kesihatan berpangkat tinggi mendakwa, banyak rumah mayat masih memiliki jenazah yang sudah tersimpan beberapa tahun, antaranya sama ada kerana tiada orang yang menuntutnya atau ia terkait dengan kes undang-undang.

"Kita juga berdepan masalah di mana mayat adalah warga asing, dan ada kedutaan yang kekal dengan prosedur lama dalam soal tuntutan mayat.

"Akibatnya, pengurus mayat perlu menunggu untuk suatu tempoh, secara puratanya seminggu, sebelum mereka mendapat surat pelepasan daripada kedutaan.

"Lebih memburukkan masalah adalah dengan penerbangan yang kian berkurang, mayat yang sudah boleh dituntut kekal disimpan dan menunggu giliran untuk dibawa pulang ke negara asal," katanya sambil enggan identiti beliau didedahkan.

Untuk memberi gambaran betapa seriusnya kedaan itu, dia memberikan Hospital Sungai Buloh - hospital utama dalam merawat Covid-19 di Lembah Klang - sebagai contoh.

Pada masa ini, jabatan forensik hospital itu memiliki kapasiti untuk menyimpan 75 mayat di bangunan utamanya, selain tiga kontena sejuk beku sementara.

Dengan kapasiti yang sentiasa hampir penuh, sumber itu berkata 19 mayat adalah warga asing, termasuk beberapa mayat yang tidak dituntut sejak 2015.

Menurut sumber itu dan beberapa pengurus mayat yang dihubungi portal berpengaruh itu, hospital dan pihak yang terlibat mengurus mayat berdepan masalah dengan beberapa tempat bakar mayat dan tempat pengebumian.

Antaranya ada yang enggan menguruskan mayat yang berkaitan dengan Covid-19, sementara tempat lain yang sanggup menerimanya berdepan masalah kapisiti menyebabkan tempoh menunggu yang lama.

Rafie Zainal, daripada NGO Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), berkata masih ada tapak pengebumian Islam yang enggan menerima jenazah yang bukan penduduk sekitar, manakala yang lain meletakkan had untuk jumlah mayat yang boleh ditanam dalam sehari.

"Jenazah terlalu banyak sehingga sukar untuk pihak berkuasa dan NGO untuk uruskan. Kami sendiri secara puratanya urus 15 jenazah sehari dan 90 peratus adalah mangsa Covid-19.

"Masih berlaku kelambatan walau Sultan Selangor sebelum ini titah kubur-kubur terima jenazah tanpa mengira kariah. Tetapi tempat yang masih degil, tak mahu (terima jenazah) luar kariah," katanya.

Katanya lagi, kebanyakan jenazah orang Islam di hospital di Lembah Klang kini perlu menunggu satu atau dua hari sebelum dapat dikebumikan.

Difahamkan masalah itu lebih buruk bagi jenazah bukan Islam. Sumber mendakwa hanya segelintir tempat bakar mayat di Lembah Klang yang menerima jenazah mangsa Covid-19.

Pemeriksaan dengan beberapa ejen perkhidmatan pengebumian di Selangor mendapati kebanyakan tempat bakar mayat yang menerima jenazah Covid-19 adalah milik agensi kerajaan, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majis Bandaraya Petaling Jaya.

"Ada juga tempat bakar mayat yang dikendali syarikat yang terima mangsa Covid-19 tetapi biasanya tempahan sudah penuh.

"Barisan menunggu panjang, terutama ketika wabak sekarang. Saya juga ada satu jenazah yang sedang tunggu untuk dibakar, tunggu giliran seminggu," katanya lagi.

Sumber dalam sistem penjagaan kesihatan awam berkata mereka berharap dasar berkenaan pengurusan jenazah akan diubah.

Kata seorang pegawai, kerajaan perlu meletakkan tarikh akhir untuk tuntutan jenazah ketika pandemik.

"Salah satu cadangan adalah untuk benarkan hospital isytihar mayat tak dituntut selepas tiga hari, jadi ia boleh diuruskan untuk pengebumian dengan arahan pengarah hospital. Kebanyakan ahli patologi forensik setuju dengan cadangan ini.

"Untuk menangani masalah jenazah orang bukan Islam, kerajaan patut wajibkan semua tempat bakar mayat terima mangsa Covid-19," katanya lagi.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam responsnya berkata langkah telah diambil untuk menangani masalah kepadatan di rumah mayat hospital.



Menterinya Dr Adham Baba berkata, pihaknya sedang mendapatkan lebih banyak kontena mayat selain mewujudkan pusat sehenti bagi menguruskan mayat di Kuala Lumpur.

"KKM telah menjangkakan peningkatan kematian Covid-19. Oleh itu antara kesiapsiagaan awal yang telah dilakukan adalah dengan penyewaan dan pembelian kontena mayat untuk beberapa hospital.

"Pada masa ini, di Selangor terdapat tujuh buah kontena yang disewa, dan tiga buah kontena lagi sumbangan MIC. Selain itu, pembelian lapan kontena telah dilakukan di mana pembekalan akan dilakukan secara berperingkat di enam hospital di Selangor," katanya.

Berkenaan pusat sehenti, Adham berkata ia terletak di Kampung Bharu, Kuala Lumpur, dengan kapasiti menyimpan 225 mayat pada satu masa.

"Pusat ini melalui kolaborasi pelbagai agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, badan-badan keagamaan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

"Melalui kolaborasi ini, kawasan-kawasan tanah perkuburan untuk pengebumian massa dapat dikenal pasti lebih awal, tempat penyimpanan mayat dengan kapasiti yang lebih besar juga dapat disediakan dan jadual krematorium dapat diaturkan," katanya lagi. End©Permadu

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


That's the article: Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Jumaat 30 Julai, 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/07/kompilasi-berita-covid-19-di-malaysia_30.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama