Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin

Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin
link : Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin

Read also


Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin


Setelah semalam Menanti Hari Esok dengan debaran, hari ini semua orang sudah tahu siapa menteri-menteri baharu yang bakal mengangkat sumpah sebagai satu pasukan Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bermacam-macam ulasan diberikan sejurus ahli parlimen Bera menyampaikan senarai barisan menteri di bawah pentadbiran beliau yang cuba memberi keyakinan awam mengenai pencapaian seratus hari.

Seperti biasa, media sosial gegak gempita mengkritik dengan gambar kiasan kabinet lama dan baharu yang serupa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa lengah bertanya, kalau sudah gagal memerintah selama 17 bulan, macam mana boleh berjaya dalam 100 hari.

Ada juga yang memuja Sabri Bangau ini terlalu bijaksana dalam menyusun sepasukan jemaah menteri terpimpin, berbakat lagi berkebolehan.

Yang keluar, yang masuk, yang kekal, yang bertukar tempat, semuanya mempunyai makna tersurat dan tersirat.

Pengasas MARA Digital kedai jual handphone dan komputer ala Low Yat, tetapi untuk Melayu sahaja adalah lambang kegagalan yang diharap tidak menjelma.

All the best kepada barisan pentadbiran kabinet baharu yang terdiri dari wajah-wajah lama.

Semoga berjaya mengawal Covid-19 yang nampak tiada penyelesaian, selain memperbaiki ekonomi negara ke arah lebih baik.

Sebagai penutup, disiarkan analisis kabinet baharu yang dipetik dari portal berita terkemuka, Malaysiakini.

Ada jugs dengar orang kata portal ini lidah tidak rasmi DAP yang sangat ditakuti pemimpin-pemimpin Melayu sangat berani.

Baca dan nilai sendiri:

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat cuba menstabilkan kerajaan dengan mengekalkan keseimbangan kuasa antara parti-parti kerajaan.

Banyak faktor diambil kira, termasuk kesesuaian, keseimbangan gabungan, politik parti serta perkumpulan-perkumpulan pemimpin.

Dia juga perlu mengambil kira rungutan berterusan Umno bahawa mereka mendapat kedudukan yang tidak setara dengan jumlah sokongan dalam parlimen.

Walaupun jumlah besar kabinet Muhyiddin Yassin - dengan 70 menteri dan timbalan menteri - dikritik hebat sebelum ini, demi semua pertimbangan di atas, Ismail mengekalkan jumlah sama.

Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebelum ini hanya mempunyai 55 anggota.

Bukan saja mengekalkan jumlahnya, Ismail juga mengekalkan hampir semua lantikan Muhyiddin.

Tidak termasuk Ismail, hanya lima menteri baru dilantik, 16 menteri dikekalkan portfolio manaka 10 lagi ditukar kementerian.

Bagi timbalan-timbalan menteri pula, hanya empat muka baru dilantik, sementara 23 lagi dikekalkan (termasuk portfolio sama) dan 11 lagi ditukar.

Berikut antara rumusan utama berkaitan kabinet Ismail:

Pengembangan pengaruh Umno

Dalam kabinet Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, paling banyak pemimpin Bersatu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Sekarang, perkara sama cuba dipastikan Ismail sebagai pemimpin Umno.

Perbandingan antara kedua-dua kabinet boleh dilihat di bawah:

Kini, jumlah menteri Umno lebih ramai berbanding Bersatu.

Bagaimanapun, anggota parlimen Bera itu “tidak mengambil terlalu” banyak daripada Bersatu.

Dia sebaliknya menggugurkan menteri agama Zulkifli Mohamad, bekas mufti yang dilantik senator dan tidak mewakili mana-mana parti.

Kekosongan itu membolehkan Umno mengisi “kuota” itu. Umno juga mengambil satu tempat yang disandang kerusi Bersatu sebelum ini.

Bagaimanapun, Bersatu masih mempunyai jumlah timbalan menteri yang paling ramai.

Sama seperti formula lantikan menteri, Umno mengambil satu kerusi timbalan menteri daripada Bersatu. Satu lagi diambil daripada Star.

Ia membuatkan parti Sabah sekutu Bersatu itu tidak mempunyai sebarang wakil dalam kabinet.

Bagaimanapun, sebagai gabungan, PN masih mempunyai menteri dan timbalan menteri paling ramai.

Kerajaan Ismail disokong oleh PN, BN, GPS, PBS dan anggota parlimen bebas.

PN melibatkan Bersatu, PAS, Star. Gerakan dan SAPP juga mengganggotai PBN tetapi tidak mempunyai sebarang kerusi parlimen.

BN pula merangkumi Umno, MCA, MIC dan PBRS manakala GPS dianggotai oleh PBB, PRS, PDP and SUPP.

Kem Zahid paling tak untung

Laluan untuk Ismail terbuka selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 anggota parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Namun selepas peralihan tampuk kekuasaan, seramai sembilan menteri daripada kem Ismail (termasuk dirinya) dilantik manakala hanya dua daripada kem Zahid dipilih.

Anggota parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah, daripada kumpulan 15 itu, yang meletakkan jawatan bagi menekan Muhyiddin, tidak dilantik ke dalam kabinet.

Kekosongan ini bagaimanapun diisi oleh muka baru, iaitu anggota parlimen Tanjung Karang Noh Omar yang juga daripada kem Zahid.

Satu-satunya menteri dilantik daripada kem Zahid ialah anggota parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad. Noraini turut meletakkan jawatan dalam kabinet Muhyiddin.

Selain itu, anggota parlimen pengerang MP Azalina Othman Said, daripada kem Zahid, turut tidak dilantik memegang sebarang jawatan, walaupun dia telah mengosongkan kerusi timbalan speaker Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan juga diketepikan, walaupun terhadap desakan supaya dia dilantik sebagai menteri kewangan,

Ismail sebaliknya mengekalkan bekas pegawai kanan bank Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak mewakili mana-mana parti di jawatan itu.

Kem Azmin kekal tapi hilang portfolio penting

Pengurangan penguasaan Bersatu berpunca daripada pengurangan kem Muhyiddin (anggota asal bersatu) dan kem Hamzah Zainudin (kumpulan yang melompat dari Umno ke Bersatu selepas PRU15).

Kem Azmin, terdiri daripada bekas anggota parlimen PKR, tidak diusik.

Kem Azmin mengekalkan tiga menteri, enam timbalan menteri, walaupun berlaku perubahan portfolio.

Portfolio-portfolio baru ini juga dilihat boleh melemahkan pengaruh kumpulan ini.

Orang kuat Azmin, Zuraida Kamaruddin misalnya dipindahkan daripada kementerian perumahan ke kementerian perladangan dan komoditi:

Kementerian perumahan mempunyai kaitan yang kuat dengan kerajaan tempatan, yang memberikan akses kepada sokongan akar umbi.

Saifuddin Abdullah pula dipindahkan daripada kementerian komunikasi ke kementerian luar, portfolio lamanya ketika berada dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Walaupun kementerian luar dilihat lebih berprestij, kementerian komunikasi bagaimanapun amat berguna untuk tujuan-tujuan propaganda dan pengaruh politik.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir


Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu


That's the article: Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Abah Keluarga Malaysia berwajah mirip Muhyiddin Yassin with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/abah-keluarga-malaysia-berwajah-mirip.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama