Title : Covid-19 hari ini
link : Covid-19 hari ini
Covid-19 hari ini
Sebanyak 20,837 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 1,593,602 kes.
Kes di Lembah Klang terus berada bawah paras 6,000 untuk dua hari berturut-turut.
Bagaimanapun, keadaan di negeri-negeri lain terus memburuk.
Lima negeri mencatatkan angka tertinggi hari ini, iaitu Sabah, Penang, Johor, Kelantan dan Perlis.
Di Sabah pertama kali angka mencatatkan lebih 3,000 kes. Pulau Pinang mencatatkan angka lebih 2,000 untuk kali pertama.
- Pesakit sembuh: 18,613
- Kes baru: 20,837
- Kes aktif: 262,713
- Pesakit perlu rawatan ICU: 1,063
- Pesakit perlu bantuan pernafasan: 511
- Kematian : 211
Kebanyakan kes (10,839 kes - 52 peratus) dikesan menerusi pengesanan kontak, manakala 2,054 kes (9.9 peratus) menerusi kluster.
7,922 kes lagi (38 peratus) dikesan menerusi saringan lain, manakala baki 22 kes adalah kes import.
Kematian
211 kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 setakat ini kepada 14,533 orang.
Seramai 42 pesakit yang meninggal dunia hari ini tidak memiliki sebarang penyakit kritikal lain.
Seramai 40 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital - kes tertinggi dilaporkan di Pulau Pinang (11) dan Johor (10).
Kematian hari ini dilaporkan di Johor (41), Selangor (36), Kedah (32), Pulau Pinang (23), Sabah (17), Perak (16), Negeri Sembilan (12), Kuala Lumpur (10), Pahang (9), Terengganu (5), Melaka (3), Kelantan (3), Perlis (2) dan Sarawak (2).
Kluster
Terdapat 34 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,446 kluster.
Daripada jumlah itu, 22 adalah kluster tempat kerja, diikuti dengan sembilan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.
Enam lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, tiga perkampungan Orang Asli di Pahang turut dikenakan PKPD untuk tempoh sama.
PKPD mulai 26 Ogos hingga 8 Sept adalah seperti berikut:
Sabah
- Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2 Lorong Saddani di Tawau.
- Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.
- Kuarters Kilang Mee Tien Hock di Penampang.Taman Sri Panglima di Beaufort.
Pahang
- Kampung Kabuk, Kampung Tiang dan Kampung Chohong di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.
Lanjutan PKPD mulai 26 Ogos hingga 8 September:
Sabah
- Kampung Pulau Penampang di Kota Kinabalu.
- Kampung Gudon di Menggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu.
- Kampung Menunggui di Kota Belud.
- Kampung Tengah, Kinarut di Papar.Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau.
Penamatan PKPD pada 25 Ogos:
Pahang
- Felda Jengka 25 di Temerloh.
- Felda Tersang 1,2 & 3 di Raub.
Kelantan
- Ladang Kerilla di Tanah Merah.
- Kampung Kubang Sawa di Tumpat.
Sabah
- Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu.
- Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kota Kinabalu.
- Kampung Petagas di Putatan.
- Kampung Pogunon di Penampang.
- Kampung Batu 1 di Sipitang.
- Kampung Bukit Kukusan di Tawau
- Kampung Batu-batu di Tenom.
- Kampung Tempasuk 1 dan Kampung Tambulaung di Kota Belud.
- Kampung Tagibang di Kota Marudu.
End©Permadu
![]() |
Kompilasi Berita Covid-19 bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
That's the article: Covid-19 hari ini
You are now reading the article Covid-19 hari ini with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-hari-ini_24.html
Catat Ulasan