Title : Covid-19 kelihatan di tahap bertahan
link : Covid-19 kelihatan di tahap bertahan
Covid-19 kelihatan di tahap bertahan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19,631 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini.
Terdapat penurunan jangkitan di Lembah Klang, dengan kes baru kurang daripada 8,000 untuk hari ini dan semalam.
Bagaimanapun ada enam negeri lain yang melaporkan kes baharu melebihi 1,000.
- Pesakit sembuh: 16,468
- Kes baru: 19,631
- Kes aktif : 252,147
- Pesakit perlu rawatan di ICU: 1,054
- Pesakit perlu bantuan pernafasan: 525
- Pesakit meninggal dunia: 293
Berdasarkan purata kes baru untuk tujuh hari, jumlah jangkitan dalam trend menurun untuk hari kelapan di Lembah Klang.
Kes aktif pula melepasi suku juta kes hari ini dan jumlah korban melepasi 13,000 mangsa.
Setakat tengah hari ini, sebanyak 149,750 sampel ujian telah dikumpul. Kadar positif tidak rasmi adalah 13.11 peratus - kadar ini melebihi 10 peratus selama 28 hari berturut-turut.
Sementara itu, sebanyak 293 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 13,077 kes.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 5,753.
Diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Kelantan (1,268), Pulau Pinang (1,275), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37).
Labuan tidak mencatatkan jangkitan baharu hari ini.
Hisham berkata, sebanyak 293 kematian hari ini melibatkan 90 kes di Selangor, (47) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (42) di Johor, (21) di Pahang, masing-masing (19) di Melaka dan Perak dan (15) kes di Sabah.
Manakala, masing-masing (sembilan) kes di Negeri Sembilan dan Kedah, (lapan) di Pulau Pinang, (tujuh) di Kelantan, (lima) di Terengganu, serta (dua) kes di Sarawak.
Sementara itu, berdasarkan data terkini pada 16 Ogos, nilai RT Malaysia adalah 1.05.
Negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.25), diikuti Sarawak (nilai RT 1.23) dan Kelantan (nilai RT 1.19).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya.
End©Permadu
![]() |
Kompilasi Berita Covid-19 bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
That's the article: Covid-19 kelihatan di tahap bertahan
You are now reading the article Covid-19 kelihatan di tahap bertahan with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-kelihatan-di-tahap-bertahan.html
Catat Ulasan