Title : Covid-19 Malaysia, Ahad 29 Ogos 2021
link : Covid-19 Malaysia, Ahad 29 Ogos 2021
Covid-19 Malaysia, Ahad 29 Ogos 2021
Sebanyak 20,579 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 1,706,089 kes.
Lembah Klang merekodkan penurunan kes dengan 4,591 kes di Selangor dan 680 kes di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, keadaan di negeri-negeri lain membimbangkan dengan banyak negeri mencatatkan kes empat angka.
Sabah melaporkan 2,578 kes baru, Johor 1,852 kes, Sarawak 2,522 kes, Kedah 1,755 kes, Kelantan 1,316 kes, Pulau Pinang 1,378 kes dan Perak 1,208 kes.
Sementara itu, 285 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 16,087 orang.
Seramai 1,009 pesakit dirawat di ICU dengan 477 kes memerlukan bantuan pernafasan.
- Kes tempatan: 20,572 kes (17,106 WN ; 3,466 BWN)
- Kes import: 7 kes (4 WN ; 3 BWN)
- Jumlah kematian baru: 285 kes (240 WN ; 45 BWN)
- Jumlah kumulatif kematian: 16,087 kes (0.94%)
- Jumlah BID: 51 kes (30 WN ; 21 BWN)
- Jumlah kes di ICU: 1,009 kes
- Pesakit Covid-19 Intubated: 477 kes
- Jumlah kes sembuh baru: 20,845 kes
- Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,422,005 kes (83.35%)
- Jumlah kes baru Covid-19: 20,579 kes
- Jumlah kumulatif: 1,706,089 kes
- Jumlah kes aktif: 267,997 kes
FMT melaporkan sebanyak dua lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Ogos ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, satu lokaliti Mukim Sungai Pinggan, Pontian, Johor juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;
Pelaksanaan PKPD bermula 31 Ogos hingga 13 September adalah seperti berikut
Sabah;
- Kampung Bukit Gemuk, Tawau
- Kampung Nasakot, Ranau
Johor;
- Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan, Pontian
Pelanjutan PKPD pada 31 Ogos hingga 13 September
- Taman Megah Jaya (Lorong 2,3,9 & 10) Tawau, Sabah
Penamatan PKPD Pada 29 Ogos
Sabah;
Tiga lokaliti Kota Belud
- Kampung Mantanau
- Kampung Pirasan Ulu
- Kampung Suang Punggur
Terengganu;
- Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut
- 19 lokaliti di Mukim Kuala Dungun, Dungun melibatkan Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu
- Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar
- 14 lokaliti di Mukim Sura Dungun melibatkan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Paya Balai Besar, Alor Tempoyak, Sura Lapangan Terbang, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Sura Tengah, Pak Sabah dan Taman Rakyat Jaya

Sementara itu, Varian Delta dikesan di 10 bahagian di Sarawak dengan 99 peratus daripadanya dilaporkan di bahagian Kuching, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar jangkitan Covid-19 di negeri berkenaan.
Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Mohamed Sapian Mohamed, berkata kehadiran varian Delta mempunyai kebolehjangkitan lima hingga lapan kali lebih tinggi, berbanding varian lain.
Katanya, ia menjadikannya faktor utama jangkitan kes tinggi di Sarawak, khususnya di zon selatan membabitkan daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
“Varian Delta berpotensi merebak dengan cepat terutama jika individu tidak memakai pelitup muka, tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak mengamalkan kebersihan diri,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Mohamed Sapian, berkata kehadiran virus itu menyaksikan Sarawak mencatat jangkitan harian melebihi 1,000 sehari dalam tempoh 12 hari berturut-turut sejak 18 Ogos lalu.
“Hari ini saja, sebanyak 2,522 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak, menjadikan kumulatif kes sebanyak 112,245 kes.
“Pada bulan ini saja sejumlah 35,517 kes baharu dikesan iaitu peningkatan 224% berbanding pada bulan lalu bagi tempoh sama,” katanya.
Beliau berkata, rakyat Sarawak bagaimanapun bertuah kerana liputan imunisasi Covid-19 mencapai 90.9% bagi dos pertama dan 87.9% bagi dos kedua setakat semalam.
“Walaupun imunisasi berkesan dalam mengurangkan kesan teruk penyakit akibat jangkitan Covid-19 kepada seseorang, tetapi perlu diingat kira-kira 30% daripada kes harian membabitkan golongan bawah umur 18 tahun masih belum layak menerima vaksin.
“Daripada jumlah kes baharu dikesan pada bulan ini, sebanyak 99% kes berada pada tahap klinikal kategori satu iaitu tiada gejala dan kategori dua iaitu mempunyai gejala ringan ketika dikesan positif,” katanya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, masih terdapat kebarangkalian tinggi berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan kebanyakan kes baharu Covid-19 yang dicatatkan adalah daripada saringan kontak rapat.
Katanya, saringan kontak rapat menyumbang 62.26% atau 1,605 daripada 2,578 kes baharu yang dicatatkan di Sabah, hari ini.
”Seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,605 kes daripada saringan kontak rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, selain kontak rapat, 28.78% atau 742 kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah daripada saringan bergejala manakala saringan daripada kluster sedia ada hanya mencatat 30 kes.
Katanya, Kota Kinabalu merekodkan peratusan saringan bergejala paling tinggi iaitu 42.5% atau 249 kes.
Terdahulu, beliau berkata sebanyak 2,578 kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 142,939 kes.
Katanya, 46 lagi kes kematian turut direkodkan iaitu 11 kes di Tawau, 10 kes di Kota Kinabalu, sembilan kes di Sandakan, masing-masing tiga kes di Tuaran dan Keningau, masing-masing dua kes di Kinabatangan, Penampang dan Kalabakan manakala Papar, Kudat, Putatan dan Lahad Datu masing-masing mencatatkan satu kes kematian.
”Jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj daripada hospital hari ini pula ialah seramai 1,722 orang menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 109,311.
”Sementara itu, seramai 5,003 pesakit masih menerima rawatan iaitu 1,487 di hospital, 3,457 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), 50 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara manakala sembilan lagi di fasiliti swasta.
”Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 214 orang dan 75 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
End©Permadu
![]() |
Kompilasi Berita Covid-19 bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
That's the article: Covid-19 Malaysia, Ahad 29 Ogos 2021
You are now reading the article Covid-19 Malaysia, Ahad 29 Ogos 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-malaysia-ahad-29-ogos-2021.html
Catat Ulasan