Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021

Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021 - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021
link : Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021

Read also


Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021

 Rakyat berhak dilindungi dengan lebih menjamin

Sebanyak 19,268 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,725,357 kes, maklum Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Lembah Klang mencatatkan penurunan kes harian dengan Selangor 3,567 kes dan Kuala Lumpur 672 kes.

Bagaimanapun, empat negeri lain mencatatkan lebih 2,000 kes iaitu Sabah  2,310 kes, Johor 2,265 kes, Sarawak  2,028 kes dan Kedah  2,084 kes.

Pulau Pinang pula merekodkan 1,780 kes, Kelantan 1,308 kes dan Perak 1,144 kes.

Sementara itu, 295 lagi kes kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban 16,382 orang.

Daripada jumlah kematian ini, 53 kes 'brought in dead' melibatkan 39 warga negara dan 14 bukan warga negara.

Seramai 1,033 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 476 memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah 19,268 kes baru hari ini (30 Ogos 2021):

  • Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 95 kes, 0.5 peratus (87.4 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

  • Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 95 kes, 0.5 peratus (74.7 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

  • Kategori 3 (radang paru-paru): 209 kes, 1.1 peratus (78.5 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

  • Kategori 2 (gejala ringan): 9,715 kes, 50.4 peratus (76.7 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

  • Kategori 1 (tiada gejala): 9,154 kes, 47.5 peratus (75.3 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.9 peratus kes pada kategori 1 dan 2. 

Didapati 76.1 peratus kes yang baru didiagnosa Covid-19 tiada/tidak lengkap vaksinasi. 

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 21,257 kes

  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,443,262 kes (83.65%)

  • Jumlah kes baru Covid-19: 19,268 kes

  • Jumlah kumulatif: 1,725,357 kes

  • Jumlah kes aktif: 265,713 kes

  • Kes tempatan: 19,252 kes (16,662 WN ; 2,590 BWN)

  • Kes import: 16 kes (4 WN ; 12 BWN)

  • Jumlah kematian baru: 295 kes (261 WN ; 34 BWN)

  • Jumlah kumulatif kematian: 16,382 kes (0.95%)

  • Jumlah BID: 53 kes (39 WN ; 14 BWN)

  • Jumlah kes di ICU: 1,033 kes

  • Pesakit Covid-19 Intubated: 476 kes 
Video yang tular mendakwa lelaki itu rebah dan disahkan meninggal dunia selepas tidak dipedulikan kakitangan bertugas.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo menafikan dakwaan bahawa petugas di wad Covid-19 Hospital Lama Sungai Petani lambat memberi tindak balas dan rawatan kepada seorang pesakit sehingga dia meninggal dunia di lantai wad berkenaan.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai insiden berkenaan dan telah mengadakan perbincangan dengan petugas-petugas terlibat untuk melengkapkan siasatan.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan pegawai dan jururawat terlibat dan kita sedang sediakan laporan (lengkap)…ya, kejadian berlaku di Hospital Lama Sungai Petani di wad Covid-19 dan memang betul pesakit itu meninggal dunia.

“Tapi (maklumat awal) yang mengatakan tindak balas petugas lambat itu tidak benar, kami akan keluarkan kenyataan lengkap untuk pihak media nanti,” katanya.

Hari ini, satu klip video berdurasi 38 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang pesakit lelaki kelihatan lemah dan berada dalam keadaan melutut di lantai hospital dan cuba berpaut pada katil untuk bangun.

Video itu dipotong dan kemudian sambungannya menunjukkan lelaki berkenaan sudah terbaring kaku dengan beg urin masih berada di sebelahnya, manakala seorang pesakit dilihat cuba menghampiri untuk memeriksa mangsa.

Menurut individu yang menularkan video itu, pesakit Covid-19 itu dibiarkan mati tanpa sebarang bantuan daripada petugas di wad berkenaan sehingga dia disahkan sudah meninggal dunia 40 minit kemudian.

Menurut dakwaan individu itu lagi, hampir setengah jam pihak hospital sama ada doktor atau jururawat bertugas tidak mempedulikan pesakit berkenaan dan tidak mengambil tindakan serta-merta.

“Apabila pesakit lain melaporkan kejadian ini kepada jururawat terdekat, jururawat dengan perasaan sambil lewa dan leka memberitahu pelapor tersebut untuk memeriksa sendiri pesakit yang jatuh itu sama ada masih bernyawa ataupun tidak,” dakwa individu tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

End©Permadu

Selamat menyambut hari kemerdekaan

Kompilasi Berita Covid-19
bersama
 Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu


That's the article: Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Covid-19 Malaysia, Isnin 30 Ogos 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-malaysia-isnin-30-ogos-2021.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama