Title : Covid-19 tidak memilih siapa bakal jadi PM
link : Covid-19 tidak memilih siapa bakal jadi PM
Covid-19 tidak memilih siapa bakal jadi PM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 19,740 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan kini meningkat kepada 1,424,639 kes.
Kuala Lumpur dan lapan negeri - Selangor, Sabah, Kedah, Sarawak, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan - mencatatkan kes baru melebihi 1,000.
Sementara itu, Sarawak dan Melaka merekodkan kes tertinggi yang pernah dilaporkan di kedua-dua negeri itu setakat ini.
- Pesakit sembuh: 17,450
- Kes baru: 19,740
- Kes aktif: 249,277
- Pesakit dalam ICU: 1,047
- Pesakit perlu bantuan alat pernafasan: 520
- Kematian: 274
Kementerian Kesihatan mengesan 35 kluster baharu Covid-19, dengan 21 daripadanya berkaitan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 lagi membabitkan komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu berkaitan sektor pendidikan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Industri Persiaran Perusahaan (Petaling dan Hulu Langat) dengan 48 kes.
- Kluster Jalan Astaka (Petaling) dengan 30 kes.
- Kluster Industri Taman Integrasi Rawang (Gombak) dengan 29 kes.
- Kluster Industri Simpang Tiga Ijok (Kuala Selangor) dengan 29 kes.
- Kluster Industri Dua Alam Jaya 2/1 (Kuala Selangor) dengan 26 kes.
- Kluster Ladang Bukit Rotan (Kuala Selangor) dengan 21 kes.
- Kluster Industri Jalan Bunga Raya Sentosa (Hulu Selangor) dengan 13 kes.
- Kluster Perindustrian Jalan I-Park Satu (Kulai) dengan 99 kes.
- Kluster Perindustrian Pekan Nanas Lapan (Pontian) dengan 45 kes.
- Kluster Pekeliling Tanjung Dua (Kulai) dengan 16 kes.
- Kluster Batu 17 Saleng (Kulai) dengan 11 kes.
- Kluster Industri Pekeliling Tanjung 27 (Kulai) dengan lapan kes.
- Kluster Dah Tapak Bina Banyan (Kuala Muda) dengan 55 kes.
- Kluster Kampung Kadok (Kota Bharu) dengan lapan kes.
- Kluster Jalan Jelawat Tangok (Bachok dan Kota Bharu) dengan lapan kes.
- Kluster Industri Pengkalan Balak 2 (Alor Gajah) dengan 51 kes.
- Kluster Industri Jalan Tampin (Seremban dan Rembau) dengan 72 kes.
- Kluster Industri Jalan Tras (Bentong dan Raub) dengan 19 kes.
- Kluster Jalan Pasar Intan (Hilir Perak) dengan 50 kes.
- Kluster Cenderawasih (Lahad Datu) dengan lapan kes.
- Kluster Jalan Airport Lama (Bintulu) dengan 12 kes.
- Kluster Kampung Telaga Bata (Tumpat) dengan 28 kes.
- Kluster Kampung Gual Pasong Hantu (Pasir Mas) dnegan 27 kes.
- Kluster Kampung Huda 2 (Kota Bharu) dengan 20 kes.
- Kluster Kampung Terap Banggu (Kota Bharu dan Bachok) dengan 19 kes.
- Kluster Kampung Siti Manis (Kota Bharu) dengan 14 kes.
- Kluster Kampung Kuin Merah (Pasir Mas) dengan 13 kes.
- Kluster Pintu Geng 2 (Kota Bharu) dengan 13 kes.
- Kluster Taman Segar 2 (Muallim) dengan 26 kes.
- Kluster Kampung Jerimbong (Jeli) dengan sembilan kes.
- Kluster Kampung Perol Meranti (Pasir Mas) dengan tujuh kes.
- Kluster Kampung Bayu Lalang (Pasir Mas) dengan lima kes.
- Kluster Jalan Wirawati (Titiwangsa) dengan 28 kes.
- Kluster Seksyen 14 Jalan Bayam 2 (Kota Bharu dan Tumpat) dengan 15 kes.
- Kluster Peretak Kuala Kubu (Hulu Selangor) dengan 21 kes.
Hisham berkata, sebanyak 4,218 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,339 daripadanya kluster aktif dan 2,879 lagi sudah tamat.
End©Permadu
![]() |
Kompilasi Berita Covid-19 bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
That's the article: Covid-19 tidak memilih siapa bakal jadi PM
You are now reading the article Covid-19 tidak memilih siapa bakal jadi PM with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-tidak-memilih-siapa-bakal-jadi.html
Catat Ulasan