Title : Hampir 20,000 kes baharu Covid-19
link : Hampir 20,000 kes baharu Covid-19
Hampir 20,000 kes baharu Covid-19
![]() |
Kompilasi berita bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
Jangkitan Covid-19 terus mencatatkan angka membimbangkan dengan hampir 20,000 kes harian direkodkan setakat tengah hari tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 19,991 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 1,299,767 kes.
Beberapa negeri terus mencatatkan peningkatan termasuk Kedah, Sabah, Johor dan Kelantan.
Sementara itu, 201 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 11,162 orang.
Seramai 1,096 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 570 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Status ringkas:
- Jumlah kes sembuh baru: 16,258 kes
- Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,057,843 kes (81.39%)
- Jumlah kes baru Covid--19: 19,991 kes
- Jumlah kumulatif: 1,299,767 kes
- Jumlah kes aktif: 230,762 kes
- Kes tempatan: 19,991 kes (16,563 WN ; 3,428 BWN)
- Kes import: 0 kes
- Jumlah kematian baru: 201 kes (163 WN ; 38 BWN)
- Jumlah kumulatif kematian: 11,162 kes (0.86%)
- Jumlah BID: 34 kes (13 WN ; 21 BWN)
- Jumlah kes di ICU: 1,096 kes
- Pesakit Covid-19 Intubated: 570 kes
Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kembali dengan 19,991 kes baharu berbanding semalam 17,236, manakala 201 kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 230,762 aktif dengan 1,096 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 570 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,299,767 manakala, kes sembuh pula sebanyak 16,258 dengan 1,057,843 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 201 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,162 kes.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,338 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1).
Hisham berkata, bagi kes kematian ia melibatkan 87 kes di Selangor, 37 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Johor, 14 kes di Perak, 12 kes di Sabah dan 10 kes di Pulau Pinang.
Manakala, lapan kes di Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, masing-masing tiga kes di Kedah dan Sarawak dan dua kes di Terengganu.
“Kes kematian itu membabitkan 163 warganegara dan 38 orang bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 9 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.24), dan Terengganu (nilai RT 1.18).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis,” katanya. End©Permadu
That's the article: Hampir 20,000 kes baharu Covid-19
You are now reading the article Hampir 20,000 kes baharu Covid-19 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/hampir-20000-kes-baharu-covid-19.html
Catat Ulasan