Title : Ismail Sabri sombong dan oportunis
link : Ismail Sabri sombong dan oportunis
Ismail Sabri sombong dan oportunis
Ismail Sabri Yaakob deputy PM kini PM
Perlantikan ahli parlimen Bera dan naib presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri Malaysia ke sembilan mungkin merupakan sesuatu yang malang buat negara.
Permadu Malaysia telah menerima maklum balas dari beberapa individu, termasuk orang Temerloh yang berpandangan rasional, bebas serta neutral dalam konteks kepentingan politik.
Bagaimanapun, kesemua individu terbabit hanya bersetuju memberi pandangan dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan atas alasan jejaka yang lebih dikenali sebagai Sabri Bangau ketika tinggal di Asrama Putera Jalan Gambut Kuantan di tahun 70an itu kini adalah seorang perdana menteri yang berkuasa.
"Kami sama-sama orang Temerloh, sama-sama belajar di universiti, tinggal di asrama yang sama, apabila saya berjumpa dia di Temerloh dan cuba menegurnya, dia berpaling ke arah lain berpura-pura tidak mengenali saya.
"Pada masa itu dia memegang jawatan ketua pemuda UMNO (Bahagian) Temerloh," kata seorang individu berusia lewat 50an.
"Dia (Ismail Sabri) sebenarnya berasal dari Kelantan, bukan orang Pahang," kata seorang individu lagi.
"Ismail Sabri sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadi perdana menteri, termasuk mengkhianati UMNO sendiri.
"Semasa Muhyiddin dan rakan-rakan lain dalam PN (Perikatan Nasional) termasuk Zuraida Kamaruddin menyanggah Yang di-Pertuan Agong dalam isu pembatalan darurat, dia buat diam saja, sedikit pun dia tidak menegur dan membela sistem Raja Berperlembagaan.
"Nampak sangat dia nak membodek Muhyiddin, apatah lagi baru naik pangkat jadi timbalan PM, sambil menangguk di air keruh," kata individu kedua.
Individu ketiga yang ditemui pula berkata Ismail Sabri adalah seorang pemimpin penting dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin.
"Kerajaan PN ternyata gagal mentadbir negara dengan baik, khususnya menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi.
"Sebagai orang penting, sudah tentu dia tidak dapat lari dari menjadi sebahagian dari kegagalan itu.
"Dan sekarang orang yang gagal ini menjadi pemimpin negara nombor satu," katanya mengakhiri perbualan.
End©Permadu
Hasil tulisan Fauzi Kadir |
That's the article: Ismail Sabri sombong dan oportunis
You are now reading the article Ismail Sabri sombong dan oportunis with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/ismail-sabri-sombong-dan-oportunis.html
Catat Ulasan