Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan

Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan
link : Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan

Read also


Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 20,546 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan di Malaysia sebanyak 1,404,899 kes.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut kes baru dilaporkan melangkaui 20,000 kes.

Kuala Lumpur dan tujuh negeri - Selangor, Sabah, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan - mencatatkan kes baru melebihi 1,000.

Sementara itu, Pahang merekodkan kes baru tertinggi yang pernah dilaporkan di negeri itu dengan 926 kes.

Sarawak pula dengan 963 kes baru - angka kedua tertinggi yang pernah dicatatkan. Negeri itu hanya mencatatkan kes baru lebih 1,000 hanya sekali, iaitu pada 12 Ogos lalu (1,216 kes).

  • Pesakit sembuh: 16,945
  • Kes baru: 20,546
  • Kes aktif: 247,261
  • Pesakit dalam ICU: 1,059
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 526
  • Kematian : 282 kes 

Setakat semalam, kadar R-naught seluruh negara adalah 1.05. Kadar lebih daripada 1.00 menunjukkan penularan yang meningkat.

Perlis mencatatkan kadar R-naught tertinggi dengan 1.47 diikuti Kelantan dengan 1.20.

Hanya Labuan dan Putrajaya yang mencatatkan kadar di bawah 1.00.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 29 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 10 daripada jangkitan komuniti dan dua dari golongan berisiko tinggi.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Perlis, Pahang dan Sarawak.

Perincian 29 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Industri Puncak Alam Enam (Kuala Selangor) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Jalan Jurunilai (Klang dan Petaling) dengan 160 kes
  • Kluster Industri Alam Jaya 2/1 2 ( Kuala Selangor ) dengan 30 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Grandeur ( Kuala Selangor) dengan 36 kes
  • Kluster Jalan Tahana Tampoi ( Johor Bahru ) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Sri Plentong Lapan ( Johor Bahru ) dengan 22 kes
  • Kluster Industri Angkasa Mas Utama ( Johor Bahru ) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Tahana Tampoi Dua ( Johor Bahru ) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Jalan Minyak Beku ( Batu Pahat ) dengan 13 kes
  • Kluster Industri Jalan 6/44 Padang Tembak (Kota Bharu dan Tumpat) dengan sembilan kes
  • Kluster Cabang Empat Gunong ( Kota Bharu dan Bachok ) dengan sembilan kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Universiti ( Kampar ) dengan 33 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Bemban ( Kinta ) dengan 67 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Sri Hartamas ( Kepong ) dengan 61 kes
  • Kluster Dah Tujuh Industri Sungai Petani ( Kuala Muda ) dengan 34 kes
  • Kluster Segama Batu Satu Lahad Datu ( Lahad Datu) dengan 18 kes
  • Kluster Zon Industri Jejawi ( Kangar ) dengan 23 kes
  • Kluster Kampung Chee Bee Salor ( Kota Bharu ) dengan 13 kes
  • Kluster Kampung Perupok Tikat( Kota Bharu ) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Berek Pak Tua Long ( Pasir Mas) dengan 24 kes
  • Kluster Kampung Bongkok Kerayong ( Bera) dengan 41 kes
  • Kluster Kampung Luit Maran ( Maran ) dengan 20 kes
  • Kluster Paka Kawiyan ( Ranau ) dengan 41 kes
  • Kluster Tangkuyan ( Kinabatangan ) dengan 129 kes
  • Kluster Batu 16 Sumun( Hilir Perak ) dengan 27 kes
  • Kluster Dah Kampung Pasir ( Kubang Pasu) dengan 38 kes
  • Kluster Kampung Sungai Laruh ( Kuching ) dengan 13 ke
  • Kluster Jalan Cheras 2 ( Hulu Langat ) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Sentosa Rawang ( Gombak ) dengan 26 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 4,183 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,317 daripadanya kluster aktif dan 2,866 kluster lagi sudah tamat.

End©Permadu

Kompilasi Berita bersama 
Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic


That's the article: Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Jumlah kes baharu dan kematian masih menakutkan with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/jumlah-kes-baharu-dan-kematian-masih.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama