Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam

Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam
link : Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam

Read also


Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam

 

Andainya masyarakat Melayu-Muslim gusar dengan dakwaan “dominasi Cina bukan muslim dalam kerajaan” ketika zaman pemerintahan PH, maka begitu jugalah perasaan masyarakat Cina, ketika Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan pada 1 Mac 2020.

Apa pun, kita terpaksa akur, dengan harapan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jikalau diambil dari sudut positif, ini kali pertama PAS memerintah di peringkat persekutuan, selepas keluar dari BN pada tahun 1977. Boleh jadi ia rahmat dalam tragedi politik, andainya pengalaman di Putrajaya mematangkan PAS sebagai parti politik yang lebih menyesuaikan diri dalam konteks masyarakat majmuk.

Justeru itu, saya tidak menuntut agar pengharaman judi dan arak, pindaan RUU355 dan sebagainya yang didesak PAS sebelum ini, dilaksanakan ketika PN memerintah. Cuma saya bersetuju bahawa pemimpin PAS harus meminta maaf, kerana inilah yang dijadikan peluru untuk membedil PH, khususnya Amanah sepanjang tempoh 22 bulan selepas 9 Mei 2018.

Paling tidak mereka perlu memohon maaf kepada penyokongnya, kerana PAS melakar khayalan seolah-olah ia dapat dilaksanakan sebaik PAS memerintah.

(Untuk makluman, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching dari DAP pernah memohon maaf secara terbuka, kerana gagal menunaikan janji sebagaimana yang terkandung dalam Buku Harapan untuk “mengiktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu)”, setelah kerajaan PH tumbang.)

Sedar atau tidak, ramai yang sedang memerhatikan bagaimana “kerajaan Melayu-Islam” ini menampilkan imej dan pendekatan agamanya, khususnya PAS.

Suara rasional mengingatkan kita bahawa tidak adil seandainya PAS dinafikan hanya berdasarkan persepsi yang dibina media, atau imaginasi kita yang mungkin berasaskan prejudis. PAS harus diberi peluang untuk membuktikan diri mereka dalam soal urus tadbir negara, diuji integritinya dengan kuasa dan juga kecaknaannya terhadap rakyat.

Tegakkan benang basah

Malangnya, antara pertikaian awal yang dicetuskan menteri PAS, adalah perlanggaran SOP oleh Khairuddin Aman Razali, selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu, apabila beliau tidak menjalani kuarantin 14 hari sekembalinya dari Turki pada 7 Julai 2020.

Sesungguhnya, Khairuddin bukan satu-satunya menteri dalam dunia yang mengingkari SOP. Sebelum ini, Menteri Kesihatan New Zealand David Clark juga didapati melanggar SOP yang dikuat kuasa di negaranya.

David Clark

Cuma apa yang dilakukan oleh David Clark adalah mengaku salah, mendakwa dirinya “orang bodoh”, memohon maaf dan meletak jawatan.

Khairuddin tidak letak jawatan, sebaliknya menawarkan agar gajinya selama empat bulan dipulangkan, lantas kehilangan satu peluang untuk membuktikan rasa kebertanggungjawaban seorang menteri muslim kepada dunia.

Lebih malang, alasan dan dalil yang dikemukakan oleh rakan yang sewaktu dengannya untuk mempertahankannya. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membandingkan kes Khairuddin dengan pemandu lori sayur ke Singapura, untuk menghalalkan tindak tanduk Khairuddin.

Sedangkan pemandu lori mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan diluluskan kerajaan. Ia seolah-olah menteri yang makan nangka, rakyat jelata pula yang kena getah.

Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sanggup memetik kisah Nabi Sulaiman dengan mengibaratkan Khairuddin sebagai burung hud-hud, semata-mata untuk mempertahankan ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu. Lantas tidak kurang yang tertanya-tanya, andainya kesalahan yang seterang bulan ini pun cuba dipertahankan dengan segala dalil yang terfikir, bagaimana pula dengan kesilapan yang samar-samar?

PAS gagal buktikan ciri-ciri berintegriti

Di sini integriti PAS terjejas. Ia bukan berlaku sekali sahaja, tetapi berkali-kali. Jelas, PAS tidak mengambil iktibar daripada pengajaran ini. 

Mereka mempertahankan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan pembohongan, setelah dikantoikan seorang netizen, bahawa Sanusi pandu uji kereta ketika sekatan pergerakan.

Malah, netizen tersebut dimaki dan dicemuh sebelum polis mengeluarkan kompaun kepada MB Kedah itu. Kejadian sedemikian hanya meyakinkan kita bahawa PAS akan menegakkan benang basah selagi terdaya, apatah lagi pernah didakwa pemimpinnya bahawa berbohong itu wajib demi menjaga maslahat. Paling mengecewakan, Sanusi tidak memohon maaf kepada netizen tersebut sehingga hari ini.

Tiada empati

Sudah tentu nama Muhammad Sanusi mencungkil lebih pertikaian sungguhpun beliau tidak berkuasa di peringkat persekutuan. Kenyataan seperti “belat sungai” tidak memadai tahap intelektual dan kematangan sebagai seorang menteri besar, meskipun dalam nada bergurau. Dan kita tidak lupa bagaimana “jenaka” Sanusi mencerminkan darjat dirinya sebagai seorang insan, apabila beliau bergurau dengan “kontena mayat”.

Sekali lagi, tiada teguran secara terbuka mahu pun rasa bersalah daripada pimpinan tertinggi PAS lantaran karenah Sanusi, menjadikan PAS sebagai lawak yang paling menyedihkan di mata khalayak ramai.

Gelagat pemimpin PAS cukup membingungkan. Bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan nilai Islam, tidak menyimpan sehiris rasa empati terhadap rakyat yang menderita lantaran penularan wabak Covid-19?

Nik Abduh

Saya cukup terkesan apabila Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz cuba memperlekeh kempen bendera putih, satu inisiatif “rakyat jaga rakyat”, tatkala berlakunya kes bunuh diri lantaran kesempitan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Saya boleh merasai kemarahan sesetengah netizen apabila Nik Abduh mencadangkan agar diangkat tangan untuk berdoa kepada Tuhan, dan bukannya diangkat bendera putih. 

Saya terlintas dengan hantaran media sosial sebegini, “Mengapa Nik Abduh tidak angkat tangan dan berdoa sahaja, sebaliknya dia berkempen dari rumah ke rumah ketika pilihan raya? Mengapa Nik Abduh tidak angkat tangan dan berdoa sahaja, sebaliknya dia menaikkan poster dan bendera parti sepanjang jalan ketika pilihan raya?”

Secara jujur, saya sedikit terkejut dengan reaksi pemimpin PAS terhadap kempen bendera putih.

Kita sedia maklum, PAS adalah parti yang membina kekuatannya dari akar umbi. Sepanjang 70 tahun sejak penubuhan, kebanyakan masa PAS adalah pembangkang di peringkat persekutuan. Tanpa sumber dan sokongan jentera kerajaan pusat, PAS amat bergantung kepada kutipan dana daripada masyarakat massa. Saya dimaklumkan, seorang pemimpin PAS pernah berkata, “Wang PAS ada di dalam saku ahli PAS.”

Justeru itu, saya menjangkakan pemimpin PAS lebih berempati dengan situasi rakyat marhaen, kerana pernah mengalami zaman serba tiada. Dengan kuasa yang ada dalam tangan, mereka harus cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rakyat yang terdesak, apatah lagi penderitaan rakyat sekarang tidak lain tidak bukan berpunca daripada ketidakcekapan urus tadbir kerajaan yang dianggotai PAS.

Keislaman Dr Zulkifli

Apabila diungkit istilah “empati”, susuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula terlintas dalam minda, sungguh pun beliau bukan berasal daripada PAS. Untuk sekian lama sebelum Dr Zulkifli menyertai kabinet Mahiaddin Yasin, beliau disanjungi kerana pendekatannya yang sederhana ketika menyandang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Sedikit terkilan apabila beliau sanggup menjadi sebahagian daripada sebuah kerajaan yang merampas kuasa dengan cara sedemikian, namun saya cuba tidak dibayangi insiden ini ketika menilai.

Sesungguhnya, perlanggaran SOP berkali-kali yang dilakukannya tidak begitu menyenangkan, apatah lagi apabila majlis keramaian yang dihadirinya dianjurkan golongan kayangan yang berlagak seolah-olah kebal daripada SOP. Apapun alasan yang diberikan, Dr Zulkifli tidak menunjukkan teladan yang baik selaku seorang menteri mahupun seorang agamawan.

Paling membeliakkan apabila menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menerajui portfolio hal ehwal agama ini memuat naik satu video berjudul “Cara Sembelihan Lembu Wagyu mengikut Standard Halal Malaysia”, tatkala masyarakat Malaysia diselubungi kemurungan lantaran kemelesetan ekonomi.

Perkara ini remeh, namun memahat dalam hati sebab saya ingat pada ketika itu, terdapat seruan agar kita tidak berkongsi sesuatu yang menampakkan kemewahan di media sosial, kerana ia dikhuatiri memberi impak psikologi kepada mereka yang ditimpa malapetaka, atau tersepit dalam kesempitan pada waktu itu. Kita cuba sedaya upaya untuk menjaga hati mereka yang rapuh dari segi mental, dengan menyampaikan mesej bahawa kita bersolidariti kepada sesiapa yang tidak bernasib baik.

Tidak haram, bukan dosa untuk memuat naik video lembu wagyu. Cuma mungkin saya silap kerana mengandaikan pemimpin yang berlatarbelakangkan agama akan lebih peka terhadap sensitiviti golongan minoriti yang terpinggir.

Imej negatif untuk non-muslim, nikah online dan adegan drift

Boleh lagi saya senaraikan kontroversi seperti nikah dalam talian yang melibatkan pemimpin PAS ketika menyandang jawatan timbalan menteri, mesej tidak senonoh yang terdedah, adegan drift di stesen minyak Petronas dan sebagainya. Namun, saya tidak berminat untuk menyerang sesiapa menggunakan isu peribadi sebegini, menyedari hakikat bahawa setiap insan memiliki kelemahan, dan tidak semua teruji apabila diuji.

Cuma, mungkin ada baiknya jikalau ia dijadikan iktibar untuk pemimpin PAS agar tidak menggunakan isu peribadi untuk menyerang pesaing politiknya pada masa depan. Biarlah tuntutan moral itu bermula dari diri sendiri.

Bagi bukan Islam, Islam dinilai dari tingkah laku muslimin dan muslimat

Akhir kata, tulisan ini tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, jauh lagi agama Islam. Untuk golongan muslim, ketertinggian nilai Islam ditampilkan melalui Quran dan Hadis. Namun untuk golongan non muslim, Islam dipandang melalui tingkah laku muslim dan muslimat.

Realiti mengajar kita, bahawa imej Islam tercalar lantaran karenah segelintir muslim yang korup, sehingga mengundang reaksi biadab daripada segelintir non-muslim. Seterusnya muslim menganggap Islam dihina, dan membalas dengan reaksi yang lebih keras, lantas ia menebalkan prejudis non-muslim terhadap Islam.

Kita sudah boleh membayangkan bagaimana kitaran ini bergolek sehingga masalah kita semakin berserabut.

Moga-moga tulisan ini merungkaikan masalah yang ada, dan bukan sebaliknya. Mohon diperbetulkan andainya tersilap dan tersasul. Selamat maju jaya.


Hasil tulisan LIM HONG SIANG, pengarah eksekutif Saudara (pertubuhan berkaitan penyelidikan sosiobudaya). Pertama kali disiarkan Malaysiakini pada 29 Ogos 2021.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Permadu Malaysia.

End©Permadu

Selamat menyambut hari kemerdekaan

Disediakan oleh Nazura Othman,
Wartawan Kanan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


That's the article: Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Pandangan penulis bukan Islam terhadap Kerajaan Melayu-Islam with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/pandangan-penulis-bukan-islam-terhadap.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama