Title : Pentadbiran Ismail Sabri dijangka tidak stabil
link : Pentadbiran Ismail Sabri dijangka tidak stabil
Pentadbiran Ismail Sabri dijangka tidak stabil
Menanti barisan kabinet Ismail Sabri
Ismail Sabri berasal dari Kelantan
Dengan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah menjadi perdana menteri baharu Malaysia, penganalisis politik James Chin berkata sebarang butiran rundingan yang dibuat untuk beliau mendapat sokongan ahli parlimen lain akan terzahir tidak lama lagi, demikian menurut laporan Malaysiakini.
Katanya ia bakal didedahkan secara tidak langsung melalui pembentukan kabinet baharu selepas ini.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Ismail Sabri - yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) - akan mengekalkan barisan kabinet yang sama atau melakukan perubahan.
Ia termasuklah dua jawatan menteri yang kosong - Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli - sebelum ini yang masing-masing disandang Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Noraini dan Shamsul Anuar adalah dua daripada sembilan ahli parlimen Umno yang akur kepada arahan pucuk pimpinan supaya menarik diri daripada kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Tujuh ahli parlimen lain pula kekal dengan jawatan masing-masing sebelum Muhyiddin dan kabinet meletak jawatan serentak pada 16 Ogos lalu.
Kini, semua mata tertumpu pada kerusi timbalan perdana menteri. Spekulasi bertiup kononnya ia akan diisi oleh seorang bekas menteri kanan Bersatu.
Majoriti sokongan masih tipis
Dalam maklum balas terhadap perlantikan Ismail Sabri, Chin turut menjangkakan berlakunya ahli parlimen yang berpaling tadah dari Bersatu untuk kembali kepada UMNO dalam masa beberapa bulan akan datang.
Kesannya, kata Chin, Bersatu yang dikemudi Muhyiddin akan berdepan risiko untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya ketika menentang UMNO dalam PRU ke-14 lalu.
Perjuangan Anwar belum berakhir
Dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal membuktikan sokongan mencukup untuknya mengatasi Ismail Sabri, Chin meramalkan yang ia masih bukan pengakhiran buat hayat politik presiden PKR itu.
Laporan Reuters pula memetik felo kanan Institut Hubungan Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun sebagai berkata, Ismail Sabri bakal berdepan gabungan tidak stabil ekoran majoriti tipis yang diraihnya, serta perpecahan dalaman UMNO.
Dapat jawatan dengan cara mengkhianati parti
“Masih ramai yang tak sukakan Ismail Sabri (di dalam UMNO) kerana mereka anggap dia mengkhianati parti dan memperoleh jawatan tertinggi dengan cara mengkhianati parti,” Oh dilaporkan berkata.
Beberapa minggu kebelakangan menjelang perletakan jawatan Muhyiddin menampakkan perpecahan ketara dalam UMNO dengan Ismail Sabri mengetuai sekumpulan ahli parlimen yang lebih besar untuk kekal berada dalam pentadbiran PN sehingga ke akhirnya.
Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan 10 ahli parlimen lain pula merupakan antara yang menggesa agar Muhyiddin meletakkan jawatan.
Istana Negara dalam kenyataannya hari ini berkata Ismail Sabri akan mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang esok, dan selepas itu proses memilih kabinet baru akan bermula.
End©Permadu
That's the article: Pentadbiran Ismail Sabri dijangka tidak stabil
You are now reading the article Pentadbiran Ismail Sabri dijangka tidak stabil with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/pentadbiran-ismail-sabri-dijangka-tidak.html
Catat Ulasan