Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini

Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini
link : Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini

Read also


Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini

Malaysia hari ini merekodkan 22,242 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512. 

Sabah (2,413) dan Pulau Pinang (1,867) mencatatkan rekod tertinggi hari ini. Hanya 17 peratus penduduk di Sabah yang telah mendapat vaksin sepenuhnya.

Lapan negeri termasuk Kuala Lumpur mencatatkan kes baru dalam empat angka.

Kluster di tempat kerja terus mencatatkan peningkatan dalam fasa kedua gelombang ketiga pandemik Covid-19 ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 1,549 kluster yang dikesan sejak 28 Mac hingga semalam, 50.35 peratus daripadanya membabitkan kilang-kilang, diikuti sektor perkhidmatan (16.78 peratus) dan sektor pembinaan (11.68 peratus).

Kluster tempat kerja itu, katanya, mencatatkan 133,247 kes positif Covid-19 dengan 370 kes membabitkan kematian.

Seramai 32 individu dari kluster tempat kerja masih ditempatkan di unit rawatan rapi. Pada masa sama KKM masih memantau 764 kluster tempat kerja.

Kira-kira satu per empat kluster tempat kerja itu dilaporkan di Selangor, diikuti Johor (20.8 peratus) dan Kuala Lumpur (9.6 peratus).

Kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 sejak 12 Mei lalu, diikuti dengan sekatan pegerakan penuh (kuncitara) mulai 1 Jun. Pun begitu sektor perkilangan dibenar beroperasi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kilang makanan dan keperluan asas seperti beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar dan susu tepung bayi, ubat dan topeng muka yang boleh beroperasi sepanjang penguatkuasaan PKP diperketatkan di Selangor dan sejumlah kawasan di Kuala Lumpur mulai 3 Julai.

Sekatan itu bagaimanapun ditamatkan pada 16 Ogos.

Kerajaan kini membenarkan kilang beroperasi dengan kapasiti penuh jika sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja mereka sudah divaksin sepenuhnya.

KKM berkata usaha untuk menurunkan kluster di tempat kerja kerajaan mengemas kini garis panduan pengurusan untuk tempat kerja.

Menurut KKM lagi, mereka serta pelbagai agensi lain juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri pada 27 Julai, 5 Ogos dan 17 Ogos lalu.

"Kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini sehingga membawa kepada banyak kematian akibat Covid-19, serta penutupan pelbagai sektor ekonomi dan sosial berikutan peningkatan kluster di tempat kerja dan kluster komuniti.

"Kita seharusnya sama-sama mengambil rasa tanggungjawab dalam memelihara negara daripada terus dibelenggu oleh pandemik Covid-19," kata Noor Hisham.

Dalam fasa kedua gelombang ketiga ini juga, KKM mengesan 880 kluster komuniti yang melibatkan 58,776 kes positif Covid-19 dan 417 kematian.

Sebilangan besar kluster komuniti tertinggi dilaporkan di Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Kluster komuniti yang dilaporkan itu berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman, komuniti di rumah panjang dan majlis sambutan perayaan.

Kebiasaannya Negeri Sembilan menerima sekitar 25,000 dos sehari, namun minggu ini sekitar 21,000 dos sahaja.

Beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di Negeri Sembilan akan ditutup minggu ini susulan masalah kekurangan bekalan vaksin di negeri berkenaan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Beliau berkata, makluman berkenaan kekurangan vaksin yang diterima kepada pihak berkaitan dan masih menunggu maklum balas.

“Minggu ini Negeri Sembilan mendapat vaksin yang agak kurang daripada pihak Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) Persekutuan, biasanya kita dapat sekitar 25,000 dos sehari, tetapi minggu ini sekitar 21,000 dos sahaja.

“Dos vaksin ini kita diberikan seminggu sekali jadi kita perlu jadualkan dalam tempoh tujuh hari. Oleh itu, kemungkinan ada beberapa PPV awam yang terpaksa ditutup hujung minggu ini kerana kita tiada vaksin untuk diberikan, kita berharap Negeri Sembilan dapat diberikan lebih sedikit vaksin pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, setakat ini seramai 539,975 atau 66.3 peratus penduduk berusia 18 tahun di negeri ini telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Jumlah vaksinasi harian bagi dos pertama 5,873 orang dan dos kedua 14,897 orang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan harapan agar Perdana Menteri baharu yang akan dilantik dapat menjadikan Malaysia lebih baik termasuk dari segi vaksinasi dan kes Covid-19.

End©Permadu

Kompilasi Berita Covid-19
bersama
 Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu


That's the article: Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/rekod-tertinggi-jangkitan-covid-19-hari.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama