Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5

Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5 - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5
link : Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5

Read also


Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5

 Covid-19 di Malaysia

Kompilasi berita bersama
Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia
Jumaat 13 Ogos 2021

Suntikan dos lengkap vaksin COVID-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata suntikan dos lengkap itu juga telah mengurangkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi ketiga-tiga kategori di semua negeri terlibat iaitu Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kita mendapati apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 dalam kalangan populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di Labuan mencapai 63.4 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Negeri Sembilan (40.1 peratus), Kuala Lumpur (78.3 peratus) dan Putrajaya (69.3 peratus), terdapat penurunan bagi kemasukan kes kategori tiga hingga lima ke hospital dan ICU.

“Negeri-Negeri lain pula belum menunjukkan trend penurunan kerana peratusan liputan dos lengkap masih kurang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata trend penurunan itu turut dapat dilihat di Hospital Sungai Buloh selepas kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

“Selepas pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, kita dapati pada minggu ke-30, kes kemasukan kategori empat dan lima ke hospital semakin menurun dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

“Selain itu, kita lihat kes kemasukan individu berusia antara 40 hingga 59 tahun dan 20 hingga 39 tahun juga ada penurunan. Ini menunjukkan kesan vaksinasi berjaya menurunkan kes ke hospital dan penggunaan katil-katil di ICU,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata simptom keparahan dialami mereka yang dijangkiti juga rendah apabila hanya tiga kes daripada petugas kesihatan yang dijangkiti virus itu berada dalam kategori lima iaitu dua daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi masih dirawat di ICU serta diberi bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 21,468 jangkitan baharu COVID-19 yang dilapor hari ini, hanya 2,703 kes atau 12.6 peratus telah lengkap divaksinasi.

Katanya kes aktif pula ialah 241,187 manakala seramai 1,075 pesakit kini dirawat di ICU dengan 537 orang memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 17,025.

Sejumlah 277 kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian negara kini 11,968 orang, katanya sambil menambah terdapat 41 kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster aktif kini berjumlah 1,293.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (RT) di Malaysia kini 1.05 dengan Perlis mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sabah dan Kelantan (masing-masing 1.20) serta Sarawak dan Pulau Pinang (1.17). End©Permadu

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


That's the article: Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Usaha kurangkan jangkitan Covid-19 kategori 3-5 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/usaha-kurangkan-jangkitan-covid-19.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama