Title : Walaupun kurang sokongan, Muhyiddin dipercayai masih mendahului pembangkang yang berpecah
link : Walaupun kurang sokongan, Muhyiddin dipercayai masih mendahului pembangkang yang berpecah
Walaupun kurang sokongan, Muhyiddin dipercayai masih mendahului pembangkang yang berpecah
Tiada calon dijangka dapat mengatasi jumlah sokongan kepada Muhyiddin

Keadaan tidak kelihatan baik untuk kerajaan, susulan kekurangan sokongan di Dewan Rakyat “bukan lagi rahsia”, kata seorang tokoh di peringkat tinggi.
FMT memetik sumber peringkat tinggi itu sebagai berkata, ini bukannya penamat buat pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia masih boleh menjadi kerajaan minoriti.
“Jika kita tidak mempunyai majoriti, siapa lagi yang memiliki lebih banyak sokongan?
“Pembangkang dan orang dalam UMNO yang menentang kami tidak dapat mengumpul sokongan mencukupi dalam kalangan mereka sendiri untuk membentuk kerajaan.”
Sumber itu berkata, Muhyiddin bagaimanapun mempunyai pilihan untuk membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.
Tarikh pilihan raya itu bergantung kepada nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan mengambil kira keadaan Covid-19.
“Jika Parlimen dibubarkan, tidak mungkin kita dapat mengadakan pilihan raya sehingga kita mencapai imuniti kelompok.
“Pada masa sama, sebuah kerajaan interim atau kerajaan sedia ada boleh terus menjadi pemerintah sementara sehingga pilihan raya diadakan.”
Persoalan mengenai majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat timbul selepas beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) minggu lalu.
Ahli Parlimen pembangkang turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong yang mereka tidak menyokong kerajaan.
Perdana Menteri di bawah tekanan untuk membuktikan sokongannya di Dewan Rakyat dan didesak mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bulan ini untuk meredakan isu itu, walaupun beliau berjanji akan mengadakan usul undi percaya ketika Dewan bersidang bulan depan.
Kira-kira 23 Ahli Parlimen UMNO tetap menyokong kerajaan Muhyiddin, dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain juga menyokong kerajaan PN. Tetapi, jumlah mereka tidak cukup untuk mencapai majoriti sebenar. End©Permadu
Ad©Permadu IKLAN • T E R B U K T I B E N A R
That's the article: Walaupun kurang sokongan, Muhyiddin dipercayai masih mendahului pembangkang yang berpecah
You are now reading the article Walaupun kurang sokongan, Muhyiddin dipercayai masih mendahului pembangkang yang berpecah with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/walaupun-kurang-sokongan-muhyiddin.html
Catat Ulasan