Title : Zuraida nafi Muhyiddin letak jawatan
link : Zuraida nafi Muhyiddin letak jawatan
Zuraida nafi Muhyiddin letak jawatan
![]() |
Zuraida Kamaruddin |
"Tidak! (Muhyiddin tidak meletak jawatan)," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada sebuah portal berita terkenal.
Zuraida merupakan bekas ahli PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melompat parti bersama kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lebih dikenali sebagai Bersatu.
Hal yang sama dimaklumkan seorang lagi menteri Bersatu, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Redzuan Md Yusof kepada satu lagi portal berita terkemuka iaitu Sinar Harian: "Perdana Menteri tidak meletak jawatan hari ini."
Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin, dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada Isnin ini ketika kedudukannya sebagai perdana menteri terus menjadi perhatian ramai.
Sumber yang dekat dengan perkembangan itu, menurut Malaysiakini, memberikan bayangan pertemuan berkenaan akan berlangsung menjelang tengah hari.
Ketika ini khabar angin bertiup kencang mendakwa Muhyiddin sedang berada di ambang penghujung perkhidmatannya sebagai perdana menteri dan bakal melepaskan jawatan berprestij itu dalam masa terdekat.
Muhyiddin juga berdepan dengan tekanan dari pelbagai pihak selepas didakwa kekurangan 11 ahli parlimen yang menyokongnya untuk membolehkan beliau mendapat penguasaan majoriti di Parlimen.
Muhyiddin bertegas enggan meletak jawatan atas alasan ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen mendapat sokongan majoriti di parlimen untuk dilantik sebagai pengganti.
Bagaimanapun ahli parlimen Pagoh itu dikecam kerana didakwa tidak berhak membuat pertimbangan berkenaan. Tugas menentukan sokongan tersebut, kata pengkritik, adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara. End©Permadu
That's the article: Zuraida nafi Muhyiddin letak jawatan
You are now reading the article Zuraida nafi Muhyiddin letak jawatan with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/zuraida-nafi-muhyiddin-letak-jawatan.html
Catat Ulasan