Title : 20 kakitangan dikerah kira 10 guni duit syiling lebih RM33,000
link : 20 kakitangan dikerah kira 10 guni duit syiling lebih RM33,000
20 kakitangan dikerah kira 10 guni duit syiling lebih RM33,000
Beli kereta bayar tunai guna duit syiling

Membeli kereta dengan membayar secara tunai bukanlah perkara luar biasa. Namun ‘menyusahkan’ penjual kereta untuk mengira kepingan syiling sebagai bayaran kereta, memang sesuatu yang pelik.
Rasanya tiada siapa akan menyangka seorang pelanggan itu akan membayar kereta secara tunai dengan menggunakan syiling, tapi lelaki ini melakukannya dengan selamba sehingga mengundang tular.
Media China melaporkan, seorang lelaki di Zhoukou, wilayah Henan, China membeli sebuah kereta berharga 51,000 Yuan (RM33,163) dengan hanya menggunakan syiling.
Seorang kakitangan pusat menjual kereta tersebut, Chen berkata lelaki yang bekerja dalam industri tepung itu membawa 10 guni tepung berisi syiling untuk membeli kereta buat anaknya.
Katanya, lebih 20 kakitangan terpaksa dikerah untuk mengira setiap syiling tersebut yang mengambil masa lebih tiga jam.
Menurutnya lagi, ia kali pertama perkara seperti itu pernah berlaku di pusat jualan kereta terbabit.
Sebahagian warganet cukup mengagumi kecekalan setiap kakitangan mengira wang syiling tersebut dan tidak kurang juga yang mencadangkan mereka menggunakan mesin pengira syiling.
“Kedai ini sangat bagus. Mereka sanggup mengira. Kalau saya tak sanggup,” komen seorang warganet.
“Bukan ke bank ada mesin pengira syiling. Ia lebih mudah,” kata seorang lagi pembaca.
“Selepas mengira syiling, mereka perlu ke bank untuk memasukkan wang, dan kakitangan bank akan mengiranya sekali lagi,” kata seorang lagi warganet.
Berita dipetik dari FMT siaran semalam
End©Permadu
Disediakan oleh Nazura Othman, Wartawan Kanan Permadu Malaysia |
That's the article: 20 kakitangan dikerah kira 10 guni duit syiling lebih RM33,000
You are now reading the article 20 kakitangan dikerah kira 10 guni duit syiling lebih RM33,000 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/20-kakitangan-dikerah-kira-10-guni-duit.html
Catat Ulasan