Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa

Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa
link : Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa

Read also


Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa


Menganggapnya sebagai langkah semberono terbaru perdana menteri, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya tidak memiliki sedikit pun rasa hormat kepada orang ramai apabila mengangkat Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Kata A Kadir, dengan memberikan jawatan berkenaan kepada presiden Bersatu itu, Ismail Sabri juga sengaja memperkecilkan pemikiran orang ramai.

"Ismail Sabri menjadikan kerajaan seperti barang mainan untuk bersuka-suka dan bagi mengambil hati Muhyiddin supaya kedudukannya sebagai perdana menteri selamat," Malaysiakini memetik hantaran A Kadir Jasin di media sosial hari ini.

A Kadir yang juga bekas penasihat media Tun Dr Mahathir Mohamad semasa ahli parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri mengingatkan orang ramai agar jangan berasa pelik jika Ismail Sabri membuat lantikan lain yang mengejutkan.

"Selepas ini jangan hairan kalau anggota kluster mahkamah pun dilantik ke jawatan penting. Peduli apa. Bukan duit dia. Duit rakyat jelata," katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan Muhyiddin dilantik mempengerusikan MPN dengan tarafnya sama seperti menteri, hasil persetujuan dibuat kabinet dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara Datuk Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha Kabinet. 

Untuk rekod selepas meletak jawatan pada 16 Ogos lalu ekoran hilang sokongan majoriti di parlimen, muncul desas-desus mendakwa Muhyiddin akan dilantik sebagai menteri mentor.

Desak mahu calon muda, baru

Bagaimanapun tiada pengumuman dibuat mengenainya, menjadikan ahli parlimen Pagoh itu sekadar ahli Dewan Rakyat, presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Pun begitu kedudukan Muhyiddin dilihat masih berpengaruh apabila sehari selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah, dia menyatakan bahawa sokongan diberikan Bersatu kepada naib presiden UMNO berkenaan adalah bersyarat.

Muhyiddin juga menegaskan kerajaan sekarang kekal dikenali sebagai PN dan apa yang bertukar hanyalah pemimpin yang menjadi perdana menteri. Ia dinafikan secara berlapik oleh UMNO baru-baru ini.

Namun setakat ini belum ada pengesahan daripada Ismail Sabri berhubung nama rasmi kerajaan Malaysia.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengarahkan ahli parlimen mereka menarik sokongan masing-masing kepada Muhyiddin atas alasan dia gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik.

Menurut A Kadir, baru 15 hari Ismail Sabri menjadi perdana menteri, sudah jelas ahli parlimen Bera itu tidak serius membangunkan sebuah pentadbiran yang berwibawa.

Hal itu kerana, katanya, Ismail Sabri melantik kabinet 'kitar semula' dan mengekalkan lantikan politik sebagai duta khas bertaraf menteri selain mengangkat Muhyiddin mengetuai MPN.

"Bekas perdana menteri yang mengaku hilang sokongan ahli Dewan Rakyat daripada gabungannya sendiri dilantik untuk memulihkan negara!

"Kegilaan apakah ini? Apa lagi kalau bukan tikus diberi tugas memperbaiki labu. Tikus itu pula bukan sembarangan tikus, tapi tikus yang merosakkan labu.

"Sekarang dia diberikan tugas memperbaiki labu yang dirosakkannya itu," katanya lagi.

Tindak-tanduk Ismail Sabri itu kata A Kadir memperkukuhkan lagi pandangan umum bahawa wakil-wakil rakyat dan parti-parti politik 'katak' yang membentuk kerajaan PN wajib diajar pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Justeru katanya orang ramai mesti berkempen bagi mendesak agar lebih banyak calon baru, muda, wanita dan berwibawa dikemukakan untuk PRU akan datang.

Mana-mana parti yang gagal memenuhi tuntutan berkenaan, katanya, perlu ditolak. 

End©Permadu

Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu


That's the article: Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Baru 15 hari jadi PM sudah menunjukkan tiada wibawa with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/baru-15-hari-jadi-pm-sudah-menunjukkan.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama