Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021

Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021 - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021
link : Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021

Read also


Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 20,396 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari, menjadikan keseluruhan jangkitan 1,844,835 kes.

Kali pertama kes di Sarawak melangkaui 3,000 kes dan mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.

Jumlah kes Covid-19 di luar Lembah Klang merangkumi 77.9 peratus kes hari ini, tertinggi sejak lonjakan jangkitan di luar ibu negara.

Kuala Lumpur merekodkan 597 kes baru manakala Selangor 3,886 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes harian empat angka termasuklah Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 336 lagi kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 18,219 orang.

Seramai 959 pesakit Covid-19 dirawat di ICU dengan 436 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Angka-angka hari ini:

  • Jumlah kes sembuh baru: 20,573 kes

  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,570,827 kes (85.1%)

  • Jumlah kes baru Covid-19: 20,396 kes

  • Jumlah kul: 1,844,835 kes

  • Jumlah kes aktif: 255,789 kes
  • Kes local: 20,388 kes (17,858 WN ; 2,530 BWN)

  • Kes import: 8 kes (6 WN ; 2 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 336 kes (274 WN, 62 BWN)

  • Jumlah kumulatif: 18,219 kes (0.99%)

  • Jumlah BID: 107 kes (67 WN; 40 BWN)

  • Jumlah kes sah Covid-19 di ICU: 959 kes

  • Pesakit sah Covid-19 Intubated:436 kes

Sementara itu, FMT melaporkan seorang pakar doktor perunding berpandangan Malaysia belum bersedia memasuki fasa endemik krisis Covid-19 seperti disasarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang penghujung Oktober ini.

Dr Amar-Singh HSS yang juga pakar perunding pediatrik, berkata Malaysia hanya akan memasuki fasa endemik pada Januari atau Februari tahun hadapan. Endemik bererti penyakit berjangkit yang akan kekal berada dalam populasi.

Kepemimpinan kerajaan sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia perlu belajar hidup bersama Covid-19, susulan virus terbabit sudah berada dalam populasi.

Amar Singh berkata, Malaysia dijangka masuk ke fasa endemik selepas mencapai 80% penduduknya divaksin termasuk golongan remaja turut diberi suntikan, selain langkah diambil untuk melindungi kanak-kanak sebelum sekolah dibuka semula.

“Kesemua ini adalah dengan mengandaikan kita tidak berdepan kemunculan varian baharu yang sebahagian atau keseluruhannya kebal terhadap imuniti dihasilkan vaksin,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan ‘kad laporan’ kesiapsiagaan Malaysia memasuki fasa endemik, negara mencapai kadar perlahan dari segi meningkatkan keupayaan penjagaan kesihatan awam, termasuk dari segi pengesanan kontak secara rapi.

Walaupun negara ini berjaya melakukan yang terbaik dengan memastikan rakyat memakai pelitup muka, namun tiada sokongan diberikan terhadap kumpulan rentan dan komuniti imigran.

Amar-Singh turut berkata, Malaysia akan melalui tiga fasa berdasarkan situasi kesihatan semasa.

Katanya, ketika ini negara berada di ‘fasa perlindungan utama’ dengan negara berusaha mengawal varian Delta, selain melengkapkan vaksinasi terhadap golongan dewasa.

Kebanyakan negeri di luar Lembah Klang, katanya, berada dalam masalah dan jumlah kes membabitkan kanak-kanak menerima rawatan di hospital juga meningkat.

Fasa kedua, katanya, membabitkan ‘fasa penyatuan’ apabila perlindungan masyarakat dan vaksinasi remaja dipertingkat bertujuan mengurangkan penularan virus.

Fasa terakhir membabitkan ‘fasa bahaya jangka panjang’, katanya.

“Dalam fasa berkenaan, kita tidak boleh cuai mengawal serta memastikan tidak berlaku penularan risiko jangkitan, terutama jika varian lebih bahaya muncul.

“Kita mampu melakukannya melalui perubahan gaya hidup dalam usaha menangani liku Covid-19 yang lebih panjang,” katanya sambil menambah ada keperluan melabur lagi untuk vaksin baharu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata Malaysia dijangka beralih ke fasa endemik Covid-19 menjelang penghujung bulan depan, sejajar dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80% populasi dewasa lengkap divaksin.

End©Permadu

Kompilasi Berita Covid-19
bersama
 Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu


That's the article: Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Covid-19 di Malaysia: Ahad 5 September 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/covid-19-di-malaysia-ahad-5-september.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama