Title : Covid-19 di Malaysia: Isnin 6 September 2021
link : Covid-19 di Malaysia: Isnin 6 September 2021
Covid-19 di Malaysia: Isnin 6 September 2021
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 17,352 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah terkumpul 1,862,187 kes.
Kes baru di Lembah Klang terus mencatatkan penurunan walaupun jangkitan di negeri lain membimbangkan.
Selangor merekodkan 2,126 kes baharu manakala Kuala Lumpur 398 kes.
Sarawak terus merekodkan kes harian menghampiri 4,000 kes dengan 3,714 kes hari ini.
Ia turun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 272 lagi kematian hari ini menjadikan korban keseluruhan 18,491 orang.
Daripada kes kematian hari ini 227 orang melibatkan warganegara, 45 bukan warganegara.
Seramai 1,355 pesakit dirawat di ICU manakala 745 kes memerlukan bantuan pernafasan.
- Kes baharu : 17,352 kes (1,862,187 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 17,344 kes [15,122 warganegara (87.2%); 2,222 bukan warganegara (12.8%)];
- Kes aktif : 252,668 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,355 kes (975 kes Covid-19; 380 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 745 kes (435 kes Covid-19; 310 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan);
- Kes kematian : 272 kes [18,491 kes kumulatif, 0.99%; 227 warganegara, 45 bukan warganegara; 81 kes BID (56 warganegara; 25 bukan warganegara)];
- Jumlah kluster : 4,921 kluster;
- Jumlah kluster baru : 30 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 3,468 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,453 kluster.
End©Permadu
That's the article: Covid-19 di Malaysia: Isnin 6 September 2021
You are now reading the article Covid-19 di Malaysia: Isnin 6 September 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/covid-19-di-malaysia-isnin-6-september.html
Catat Ulasan