Title : Covid-19 Malaysia: Rabu 1 September 2021
link : Covid-19 Malaysia: Rabu 1 September 2021
Covid-19 Malaysia: Rabu 1 September 2021
Penyanyi Aishah dilaporkan positif Covid-19, menjalani rawatan penstabilan oksigen
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Status terkini #COVID19, pada hari Rabu, 1 September 2021
Kes sembuh= 21,073
Jumlah kes sembuh= 1,482,800
Kes baharu positif= 18,762 (5 import)
Jumlah positif= 1,765,016
Kes kematian= 278
Jumlah kes kematian= 16,942
Kes dirawat di ICU= 1,007
Bantuan alat pernafasan= 464
Pecahan kes baharu #COVID19 pula adalah seperti berikut:

Sementara itu, di GEORGE TOWN, FMT melaporkan seorang wakil rakyat mencadangkan Pulau Pinang memerlukan pelaksanaan ‘lockdown’ penuh selama dua minggu susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri itu.
Teh Lai Heng (PH- Komtar), berkata saranan itu pandangan peribadinya, mengambil iktibar keadaan di Selangor, yang teruk dilanda wabak itu malah mengambil masa sekitar dua bulan untuk meredakan jangkitan tanpa pelaksanaan sekatan penuh.
“Saya tahu keputusan ini sukar untuk dilaksanakan, namun seperti pepatah Cina menyebut, lebih baik menahan sakit jangka pendek daripada membiarkan penyakit tidak diubati,” katanya yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN).
Teh berkata, Pulau Pinang sudah mencuba sedaya mungkin membendung penularan Covid-19, namun kebanyakan kuasa diperuntukkan kepada pihak berkuasa persekutuan.
Beliau berkata, walaupun Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyebut kesihatan awam adalah tanggungjawab bersama antara Putrajaya dan kerajaan negeri, Pulau Pinang kekurangan punca kuasa untuk melakukan apa yang dikehendaki.
Teh memberikan sebagai contoh gesaan supaya operasi kilang di negeri itu ditutup. Katanya, seperti negeri lain, Pulau Pinang tiada kuasa berbuat demikian memandangkan ia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Beliau berkata, ada beberapa pihak yang menggesa sempadan negeri ditutup, namun itu juga di bawah bidang kuasa persekutuan, iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.
Teh berkata, “parti politik jahil” seperti MCA dan Gerakan berterusan menyerang kerajaan Pulau Pinang dalam menangani Covid-19 sedangkan kira kerajaan negeri sudah melakukan sehabis baik dalam pada kuasanya terhad.
“Terdapat banyak ulasan negatif terhadap kerajaan negeri tanpa sebarang cadangan membina diberikan. Mereka fikir Ketua Menteri adalah Menteri Kesihatan atau Perdana Menteri.
“Hakikatnya, kuasa KM terhad berbanding menteri pusat atau PM,” katanya dalam sesi perbahasan ucapan Yang di-Pertua Negeri.
Teh berkata, dalam dilema membabitkan soal hidup dan mata pencarian, Ketua Menteri juga berdepan konflik dengan pihak berkuasa persekutuan terutama melaksanakan langkah kawalan Covid-19 lebih ketat.
“Saya masih ingat apabila ketua menteri mahu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk enggan melonggarkan SOP ‘dine-in’ dan kontak rapat, dan beberapa aktiviti berisiko.
“Beliau dikritik kebanyakan peniaga dan sesetengah pihak yang mendakwa berlaku ‘zalim’ kerana tidak mengambil kira periuk nasi orang lain,” katanya.
Teh berkata, meskipun dalam kuasa terhad, kerajaan Pulau Pinang sudah menaja kebanyakan peralatan perlindungan diri yang digunakan petugas barisan hadapan di negeri itu, selain khemah dan tandas mudah alih untuk kegunaan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya, selain membekalkan makanan kepada petugas kesihatan.
Pulau Pinang secara konsisten merekodkan jumlah jangkitan kes Covid-19 tertinggi mengikut populasi, membabitkan 94.5 jangkitan dalam 100,000 populasi sehingga semalam, mendahului Selangor dan Kuala Lumpur.
End©Permadu
![]() |
Kompilasi Berita Covid-19 bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia |
That's the article: Covid-19 Malaysia: Rabu 1 September 2021
You are now reading the article Covid-19 Malaysia: Rabu 1 September 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/covid-19-malaysia-rabu-1-september-2021.html
Catat Ulasan