Title : Dengar cakap dari orang berkonflik kepentingan
link : Dengar cakap dari orang berkonflik kepentingan
Dengar cakap dari orang berkonflik kepentingan
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kenyataan berkenaan bersifat cakap dengar (hearsay), iaitu disampaikan pihak kedua dan bukannya didengar sendiri oleh Wan Junaidi.
Jika dalam mahkamah, keterangan hearsay tidak boleh diterima.
"Kesahihan kenyataan Wan Junaidi itu dipertikaikan kerana dia tidak mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya hanya mendengar daripada Perdana Menteri (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob," katanya dalam kenyataan semalam.
Sebelum itu, Wan Junaidi menyatakan Yang di-Pertuan Agong berkenan agar undi percaya ke atas Ismail Sabri tidak dilaksanakan dan ia dimaklumkan perdana menteri dalam mesyuarat kabinet beberapa hari lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin pula berkata Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan agar undi percaya dibuat sebelum ini, bukannya selepas perlantikan.
Zahidi berkata dia tidak mahu wujudnya duluan apabila perlantikan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong perlu disahkan di Parlimen.
"Kita perlukan persetujuan Agong untuk melakukannya, bukan apa yang pembangkang mahu," kata Zahidi.
Konflik kepentingan
Kata Hassan, Wan Junaidi menerima maklumat berkenaan isu tersebut daripada Ismail Sabri ketika ahli parlimen Bera itu merupakan pihak yang memiliki konflik kepentingan secara langsung dalam hal berkenaan.
Hassan yang juga seorang peguam menegaskan, kenyataan Yang di-Pertuan Agong mengenai perlunya undi percaya secepat mungkin itu dibuat dalam kenyataan rasmi melalui Istana Negara pada 18 Ogos lalu.
Justeru, katanya dalam amalan undang-undang pentadbiran, terutama yang melibatkan kedudukan Agong, jika ada titah atau dekri baru dalam hal yang sama, ia hendaklah dibuat secara bertulis dan dimaklumkan kepada umum melalui kenyataan media rasmi.
"Bukannya melalui perdana menteri ataupun menteri," katanya.
Keabsahan perlantikan PM berdasarkan SD tiada dalam perlembagaan
Jika dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, tambah Hassan, tidak ada sepatah perkataan pun yang menyatakan bahawa keabsahan perdana menteri boleh ditentukan secara akuan berkanun (SD).
Pelik dan curiga
Sementara itu peguam Haniff Khatri Abdulla juga sependapat dengan Hassan. Malah dia beranggapan kenyataan dibuat Wan Junaidi serta Zahidi pelik dan mencurigakan.
"Kenapakah Ismail Sabri sendiri tidak keluarkan kenyataan itu?
Tiada kenyataan rasmi dari Istana Negara
"Kenapakah tidak ada mana-mana kenyataan rasmi dari Istana Negara dikeluarkan berkaitan perkara itu walhal isu usul undi percaya disentuh dengan jelas dalam titah Agong melalui kenyataan media bertarikh 18 Ogos," katanya.
Semberono
Ismail Sabri dan kerajaan juga kata Haniff Khatri sepatutnya menunjukkan adat yang sopan semasa menguruskan titah Yang di-Pertuan Agong, bukannya secara semberono.
Titah terdahulu masih sah, terpakai dan terikat
"Dengan secara objektif mematuhi adat, konvensyen dan semangat Perlembagaan Persekutuan, selagi belum ada mana-mana kenyataan rasmi dari Istana Negara berkaitan perkara ini, titah baginda berhubung keperluan Ismail Sabri sesegera mungkin membawa usul undi percaya masih sah, terpakai dan terikat," katanya.
End©Permadu
That's the article: Dengar cakap dari orang berkonflik kepentingan
You are now reading the article Dengar cakap dari orang berkonflik kepentingan with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/09/dengar-cakap-dari-orang-berkonflik.html
Catat Ulasan