Title : Covid-19 di Malaysia: Khamis 12 Ogos 2021
link : Covid-19 di Malaysia: Khamis 12 Ogos 2021
Covid-19 di Malaysia: Khamis 12 Ogos 2021
Covid-19 di Malaysia
![]() |
Kompilasi berita bersama Jamaliah Mohd Salleh Wartawan Permadu Malaysia Khamis 12 Ogos 2021 |
Malaysia mencatatkan rekod tertinggi baru bagi kes Covid-19 hari ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga tengah hari tadi sebanyak 21,668 kes baru dikesan.
Selain Lembah Klang, ada lima negeri lain yang mencatatkan rekod baru sebanyak empat angka dengan Sabah dan Kedah masing-masing mengesan lebih 2,000 kes.
Johor dan Sarawak juga mencatatkan jumlah kes baru tertinggi.
- Pesakit sembuh: 17,687 kes
- Kes baru: 21,668 kes
- Kes aktif: 237,021 kes;
- Pesakit di ICU: 1,059
- Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 543 kes
- Kematian : 318 kes
Kematian
Kes kematian hari ini merupakan kedua tertinggi yang pernah dilaporkan, selepas 360 kematian yang dilaporkan pada empat hari lalu (8 Ogos).
Angka 318 kematian hari ini, bersamaan dengan kira-kira satu kematian bagi setiap empat setengah minit. Jumlah pesakit Covid-19 yang telah terkorban di Malaysia setakat ini adalah seramai 11,691 orang.
Seramai 79 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini tidak memiliki sejarah penyakit kronik, manakala 93 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.
Kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor (118), Johor (52), Kuala Lumpur (45), Sabah (28), Kedah (19), Pulau Pinang (10), Melaka (10), Perak (9), Pahang (8), Negeri Sembilan (7), Terengganu (4), Kelantan (4), dan Sarawak (4).
“Kes kematian itu membabitkan 256 warganegara dan 62 orang bukan warganegara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM).
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,278 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,436); Kedah (2,143); Sabah (2,052); Johor (1,706); Pulau Pinang (1,229); Sarawak (1,216); Kelantan (972); Perak (930); Negeri Sembilan (899), Pahang (629); Terengganu (594); Melaka (494); Putrajaya (56); Perlis (23) dan Labuan (11).
Kebolehjangkitan
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 11 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.40) diikuti oleh Kuala Lumpur dan Kelantan (nilai RT 1.23), dan Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya,” katanya. End©Permadu
That's the article: Covid-19 di Malaysia: Khamis 12 Ogos 2021
You are now reading the article Covid-19 di Malaysia: Khamis 12 Ogos 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/covid-19-di-malaysia-khamis-12-ogos-2021.html
Catat Ulasan