Title : Istana Negara dilapor minta Speaker beri jumlah sebenar sokongan MP kepada Muhyiddin
link : Istana Negara dilapor minta Speaker beri jumlah sebenar sokongan MP kepada Muhyiddin
Istana Negara dilapor minta Speaker beri jumlah sebenar sokongan MP kepada Muhyiddin
Istana Negara dilaporkan memohon pengesahan Speaker (Yang Dipertua) Dewan Rakyat berhubung jumlah sokongan ahli parlimen (Dewan Rakyat) terhadap perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, yang lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin.
Berdasarkan surat yang tular, Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara mengutuskan surat kepada Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun pada 9 Ogos 2021.
Menurut dakwaan Malaysiakini, satu sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan.
Melalui warkah itu, Yang di-Pertuan Agong ingin mendapatkan kepastian jumlah sokongan kerajaan.
![]() |
Yang di-Pertuan Agong ketika menerima menghadap perdana menteri |
Istana Negara menyatakan, Azhar melalui surat pada 3 Ogos memberitahu kedudukan semasa sokongan kepada Muhyiddin adalah 106 orang.
Bagaimanapun, kata Istana Negara, pada 4 dan 6 Ogos, dua anggota jemaah menteri meletakkan jawatan, menjadikan jumlah sokongan berkurangan dua orang.
"Sehubungan dengan itu pihak Istana Negara memohon laporan terkini mengenai bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong YAB perdana menteri untuk disembah maklum kepada KDYMM Yang di-Pertuan bagi apa-apa perkenan selanjutnya," kata surat berkenaan.
Surat terbabit ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.
Azhar diminta menjawab surat itu sebelum jam dua petang pada 10 Ogos - dua hari lepas.
![]() |
Azhar Azizan Harun |
Pada 9 Ogos lalu, Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamadin Alamin yang tidak lagi menyokong Muhyiddin.
Selain itu turut tersebar surat dikatakan jawapan balas Azhar. Bagaimanapun perkara ini belum dapat disahkan.
Dalam perkembangan berkaitan, portal Malaysiapost melaporkan Azhar enggan mengesahkan mengenai ketulenan surat balasannya kepada Istana Negara.
“Maaf, saya tak boleh komen mengenai komunikasi rasmi saya, lebih-lebih lagi kalau dengan pihak istana,” Azhar dipetik portal berkenaan sebagai berkata menerusi aplikasi WhatsApp. End©Permadu
That's the article: Istana Negara dilapor minta Speaker beri jumlah sebenar sokongan MP kepada Muhyiddin
You are now reading the article Istana Negara dilapor minta Speaker beri jumlah sebenar sokongan MP kepada Muhyiddin with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/istana-negara-dilapor-minta-speaker.html
Catat Ulasan