Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar

Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar - Hi friends, I hope you are all in good health Bu Gan Mao, In the article you are reading this time with the title Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar
link : Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar

Read also


Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar

Tanpa prejudis

Perdana Menteri berbual-bual dengan Presiden UMNO dan doktor di hospital swasta, di Shah Alam. - Gambar facebook
Perdana Menteri berbual-bual dengan Presiden UMNO dan doktor di hospital swasta, di Shah Alam. - Gambar Facebook

Bernama melaporkan doktor pakar sebuah hospital swasta semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pesakitnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 September ini.

Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Presiden UMNO itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid, juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Hakim Sequerah: Pada pandangan Doktor, adakah pesakit dalam keadaan ini boleh hadir ke mahkamah pada 6 September? Beliau perlu duduk di dalam mahkamah sepanjang prosiding kes ini tetapi beliau juga dibenarkan berehat.

Tak boleh duduk lebih 40 minit

Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama, beliau harus melakukan beberapa latihan peregangan.

Kelmarin, mahkamah itu dijadualkan mendengar hujah di akhir kes pendakwaan namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada Ahad susulan kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Susulan itu, Sequerah telah mengeluarkan sepina kepada doktor itu untuk hadir ke mahkamah bagi menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid dan prosedur yang perlu dijalaninya serta menentukan tempoh pemulihan.

Pada prosiding semalam, Dr Mohd Shahir berkata Ahmad Zahid telah memaklumkan bahawa beliau terjatuh ketika berada di tandas Rabu lepas sejurus selepas solat Asar serta mengalami kesakitan di bahagian leher dan toraks.

“Beliau tidak mengalami kepatahan tulang belakang. Semalam beliau menjalani prosedur intervensi kesakitan bagi mengurangkan sakit belakang akibat cakera teranjak yang dialaminya,” katanya.

Boleh berjalan tapi tak boleh duduk

Ketika ditanya tempoh yang akan diambil oleh Ahmad Zahid untuk berjalan seperti biasa, Dr Mohd Shahir berkata “beliau boleh berjalan seperti biasa tetapi tidak boleh duduk terlalu lama.

Hakim Sequerah: Jadi berapa lama beliau boleh duduk?

Dr Mohd Shahir: Biasanya, bagi setiap 30 hingga 45 minit, beliau perlu bangun dan melakukan latihan peregangan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengapa prosedur intervensi kesakitan dilakukan semalam dan bukan pada hari tertuduh dimasukkan ke hospital, Dr Mohd Shahir berkata beliau perlu menstabilkan keadaan pesakitnya terlebih dahulu memandangkan sudah diberi ubat.

Raja Rozela: Doktor, adakah kamu tahu bahawa tertuduh pergi ke Istana Negara pada 19 Ogos? Beliau juga telah menghadiri majlis angkat sumpah pada 21 Ogos iaitu sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital.

Saya menyaksikan upacara itu dari mula sampai habis, pesakit kamu berada di sana. Kesakitan yang dimaklumkan kepada kamu tidak menghalang beliau memandu atau dibawa oleh pemandu sehingga ke Istana Negara dan beliau duduk di sana sekurang-kurangnya sejam atau lebih sehingga majlis berakhir.

Kesakitan itu tidak dapat menghalang beliau, atau tidak menghalang beliau. Saya katakan kepada kamu bahawa beliau sebenarnya berpura-pura sakit kerana beliau telah dilihat oleh semua rakyat di seluruh negara bahawa pada dasarnya beliau mampu berjalan, mampu duduk dan mampu bergerak ke Istana seperti biasa.

Dr Mohd Shahir: Saya tidak setuju. Sebagai doktor, kami perlu percaya kepada pesakit kami. Saya telah memastikan bahawa kesakitan itu adalah benar, oleh itu kami telah menjalankan pemeriksaan seperti MRI (pengimejan resonans magnetik) dan imbas CT (imbasan tomografi berkomputer) ke atas beliau.

Mungkin juga ubat tahan sakit melegakan

Kepada soalan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal sama ada anak guamnya diberikan ubat tahan sakit bermula dari hari beliau terjatuh hinggalah berada di Istana Negara mungkinkah ubat itu melegakan kesakitan Ahmad Zahid, saksi tersebut menjawab “Ya mungkin juga.”

Kerusi dalam mahkamah tak sesuai untuk Zahid duduk

Pada akhir prosiding, peguam itu meminta Dr Mohd Shahir memeriksa tempat duduk di kandang tertuduh dan menyoal sama ada ia sesuai diduduki Ahmad Zahid dan doktor tersebut berkata tempat duduk sedemikian adalah tidak sesuai bagi pesakit yang mengalami cakera teranjak dan sakit belakang.

“Mungkin kamu boleh sediakan sebuah kerusi yang mempunyai kusyen,” katanya.

Mahkamah kemudian mengekalkan tarikh 6 September untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan.

Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya ialah pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

End©Permadu

Disediakan oleh Nazura Othman,
Wartawan Kanan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


That's the article: Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Kerusi di mahkamah tak sesuai untuk Zahid Hamidi duduk, kata doktor pakar with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/kerusi-di-mahkamah-tak-sesuai-untuk.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama