Title : Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Rabu 4 Ogos 2021
link : Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Rabu 4 Ogos 2021
Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Rabu 4 Ogos 2021
Covid-19 di Malaysia
![]() |
Kompilasi berita bersama Nazura Othman, wartawan kanan Permadu Malaysia Rabu 4 Ogos 2021 |
Kes baharu Covid-19 hari ini sekali lagi mencatat rekod tertinggi apabila jumlah yang dikesan setakat tengah hari ini hampir sebanyak 20,000 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu menjadi 1.183 juta.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 12 tengah hari tadi seramai 19,819 orang disahkan dijangkiti wabak berbahaya tersebut.
Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes positif tertinggi iaitu 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur 2,467, Johor (1,162 kes), Sabah (949) dan Sarawak (552).
Berdasarkan angka yang direkodkan KKM, Kelantan dan Pulau Pinang hari ini mencatatkan kes baru tertinggi dengan masing-masing 1,003 dan 867.
Berikut status utama wabak Covid-19 hari ini:
- Pesakit sembuh: 12,704
- Kes baharu : 19,819
- Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,069
- Peakit memerlukan bantuan pernafasan : 553
- Kematian : 257
Sementara itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri Johor yang dilihat masih rendah.
“Amat mengecewakan apabila kami seolah-olah perlu merayu untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi untuk keselamatan rakyat kita sendiri,” titah baginda di Facebook hari ini.
Baginda bertitah, mengikut statistik media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga 3 Ogos, sebanyak 32.3% atau 1,222,507 individu baru menerima vaksin dos pertama manakala hanya 12.8% atau 483,869 individu telah menerima dos kedua di seluruh Johor.
“Saya sebagai Sultan Johor bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga rakyat saya.
“Nyawa tidak boleh dijual beli. Saya selalu fikirkan penderitaan rakyat saya, terutamanya mereka yang jatuh sakit dengan Covid-19, dan yang telah meninggal dunia.
“Keadaan penularan yang sememangnya membimbangkan kini menjadi lebih parah dengan merebaknya kes-kes varian Delta. Strateginya amat jelas, iaitu kita mesti memvaksinkan seramai mungkin populasi negeri kita dengan kadar secepat yang mungkin,” titah baginda.
Sultan Ibrahim berkata, baginda bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sudah lama berbincang dengan pihak tertentu dan meminta vaksin yang lebih banyak untuk rakyat Johor, amat mengharapkan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin di Johor, malah di seluruh negara supaya kesannya kepada kehidupan seharian semua lapisan rakyat dapat pulih. End©Permadu
That's the article: Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Rabu 4 Ogos 2021
You are now reading the article Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Rabu 4 Ogos 2021 with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/kompilasi-berita-covid-19-di-malaysia.html
Catat Ulasan