Title : Korban Covid-19 lepasi 10,000 kematian
link : Korban Covid-19 lepasi 10,000 kematian
Korban Covid-19 lepasi 10,000 kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 20,596 kes baru Covid-19 - memecahkan rekod baru yang dilaporkan semalam.
Covid-19 di Malaysia
![]() |
Kompilasi berita bersama Nazura Othman, wartawan kanan Permadu Malaysia Khamis 5 Ogos 2021 |
Selangor juga mencatatkan kes baru tertinggi dengan 8,549 kes, manakala Pulau Pinang buat pertama kali melaporkan kes baru lebih 1,000 (1,022 kes baru).
Berikut status utama wabak Covid-19 hari ini:
- Pesakit sembuh: 13,893
- Kes baru: 20,596
- Kematian: 164 (jumlah keseluruhan - 10,019)
- Pesakit dalam ICU: 1,078
- Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 549
Sementara itu, 164 kematian menjadikan jumlah kematian melebihi 10,000 dengan jumlah kumulatif sebanyak 10,019 kes.
Selangor kekal merekodkan bilangan tertinggi dengan 8,549 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062), Pulau Pinang (1,022), Negeri Sembilan (989), Perak (916), Sarawak (759), Kelantan (772) Melaka (622) , Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (empat).
Kematian
Hisham berkata, 164 kes kematian melibatkan 45 kes di Selangor, 27 di Johor, 24 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 di Kedah, 10 di Perak serta masing-masing sembilan di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka.
Tujuh kes pula direkodkan di Negeri Sembilan, masing-masing dua di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Terengganu.
“Kes kematian itu membabitkan 150 warganegara dan 14 bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 4 Ogos, nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia adalah sebanyak 1.07.
“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.
KEMENTERIAN Kesihatan hari ini juga merekodkan 33 kluster baharu Covid-19 di mana 18 dikesan di tempat kerja, 11 komuniti, dua di pusat tahanan dan satu di antara kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata, kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Perak, Putrajaya, Melaka, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. End©Permadu
That's the article: Korban Covid-19 lepasi 10,000 kematian
You are now reading the article Korban Covid-19 lepasi 10,000 kematian with link address https://buganmao.blogspot.com/2021/08/korban-covid-19-lepasi-10000-kematian.html
Catat Ulasan